Eid Mubarak! Selamat hari raya, maaf zahir batin andai ada silap dan salah, atau ada perkataan dan perbuatan yang mengguris hati, andai sedar atau tidak. Kita semua manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Bagi yang pulang ke kampung,
hati-hati dan banyakkan bersabar dalam perjalanan. Biarlah lambat asalkan selamat pulang ke pangkuan keluarga tersayang.
Tahun ni kali keempat kami beraya di sini. Walaupun kami menyambutnya secara sederhana, jauh dari sanak saudara, tapi tetap meriah kerana setiap hari ceria dengan gelak ketawa serta keletah anak-anak dan kucing kesayangan.
Home is where the family is <3
|
Kek pandan kegemaran anak-anak.. tak ada acuan sesuai pakai bundt pan pun ok sangat :) |
ya allah sedapnye nmpk kek pandan tu sis..sis buat sendiri ke? :)
ReplyDeleteHehehe tenkiu2.. haah mmg buat sendiri, tapi guna adunan pre-mix, kena tambah minyak dan telur aje :D
Deletecantik sangat kek pandan tuuu... nampak smoothhh saja... ok selamat hari raya untuk umi sekeluarga dan tak lupa untuk omei omei kymba....he he he...
ReplyDeleteHaha kat dalam tu smooth la, kat bahagian luar tak cantik. Janji sodapp kan..
DeleteSelamat hari raya juga Bannister Road sekeluarga yg sampai sekarang tak tahu siapa ni.. ehemm.. kymba ucap terima kasih bukan senang juga kymba omei nak puasa sejam dua .. kejap2 kena berbuka apa nak buat kan.. :)