Lama juga tak
update blog kan.. bulan puasa ni rehat sekejap, lagipun tak ada idea.. sibuk masak memasak, nanti letak gambar makanan takut diri sendiri dan kawan-kawan terliur. Hari ini (Ahad) ada bazaar Ramadhan di Kewdale. Nanti saya cerita dalam
entry selepas ini. Tapi dah namanya bazaar Ramadhan tentu tak boleh lari dari gambar makanan :p
Apa yang kita dapat tengok Ramadhan kali ini macam-macam perkara yang berlaku. Konflik dan penindasan terhadap umat Islam di beberapa tempat di dunia dan tragedi MH17. Marilah kita berdoa semoga kita dilindungi dari segala bala bencana, semoga Allah lindungi saudara kita yang tertindas dan terancam nyawanya dan paling penting untuk negara kita menangani tragedi yang berlaku.. Salam takziah kepada keluarga mangsa dan Al Fatihah.. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..
Memandangkan hari ini dah beli makanan kat bazaar, waktu petang ada masa lapang bolehlah jalan-jalan tengok bunga di
nursery..Jomm
|
Ornamental kale |
|
Macam bunga kobis |
|
Tengok macam ni macam batu karang pun ada kan? |
|
Tak pasti apa nama bunganya, tengok kad tu tulis elektra |
|
Cantik |
|
Yang ni pun cantik sangat |
|
Close up |
Indahnya ciptaan Allah. Bunga yang kat atas tu, sekali pandang macam batu karang. Cantik sangat warnanya.
ReplyDeleteHaah kan, nampak macam batu karang. Pertama kali tengok, tu yang terus nak ambik gambar :)
Deletecantik kak... yg atas tuh boleh mkn ke tak tuh? mcm salad kan?
ReplyDeleteTak pasti boleh makan atau tak, Dana. Kalau kale biasa boleh makan, tapi ni kale hiasan.. tak berani jugak. Ada banyak juga resepi kale ni, boleh goreng, buat salad, masukkan dalam sup dan sebagainya. :)
DeleteNursery kat mana sis. Akak nak pergi lah tengok. Cecantik bunga2 kat situ.
ReplyDeleteKat Bunnings Melville, Kak.. umi suka jalan2 situ cuci2 mata. sambil tu tengah mencari African daisy tapi tak ada pulak. Mungkin kat sunday market atau farmers market ada jual. bulan puasa ni tak pegi pun sebab sekarang pun weekend selalu hujan kan.. :)
Deleteakak pun dah lama tak gi farmer's market. Rindu jugak le. This weekend maybe leh gi Bunnings Melville ajak hb. Dia hantu Bunnings so tak de lah merungut kalau akak belek pokok2 nanti...
DeleteHaah kami pun suka ke bunnings, bila hb cari barang2 hardware.. masa tu lah nak amik kesempatan tengok pokok2 kan, Kak? :)
Delete