Sunday, July 6, 2014

Bazaar Ramadhan @ Spicy Mama - Bentley

Sekejap je dah seminggu kita berpuasa, kan? Setakat ni baru sekali kami ke bazaar Ramadhan untuk tinjau apa yang menarik. Banyak juga pilihan kuih-muih yang ada, tambahan pula ada nasi kerabu!

Untuk makluman Spicy Mama telah bertukar pemilik mulai 1 Julai 2014. Walaubagaimanapun pemilik sebelum ini masih mengadakan jualan menu berbuka di kedai ini sehingga 12 Julai 2014 sahaja.

p/s: Boleh semak info bazaar Ramadhan, iftar dan terawih di ruang sebelah kanan blog ==>

Berikut adalah promosi yang saya ambil dari facebook Radio Melayu Perth pada 28 Jun:


Promosi Bazaar Ramadhan:

Saya, Juveriah pemilik Spicy Mama's Lunch Bar ingin menwarwarkan jualan Ramadhan Bazaar bermula esok 1 Ramadhan 1435 hingga 14 Ramadhan 1435, dari jam 1 petang hingga 3.30 petang. Esok, menu di spicy Mama adalah, Nasi briyani dam - ayam atau lamb, Roti Jala, Roti John, Murtabak, Nasi Ayam, Mee Goreng Basah dan bermacam kueh mueh.
Semperna Ramadhan Bazaar, Spicy Mama telah menyediakan berbagai-bagai menu pada tiap-tiap hari, seperti, nasi rawan, nasi kerabu, nasi dagang, nasi sambal goreng, lontong laksa asam, nasi kandar, lauk pauk, rojak india, chendol dan goreng pisang panas. Sesiapa yang berminat ingin tempah makanan, sila hibungi - 0433250058 - nurul untuk mengetahui menu pada hari tersebut. Terima Kasih kerana menyokong ramadhan bazaar di Spicy Mama Lunch bar yang kami telah adakan sejak tahun 2012. Saya mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan. 
Geram tengok kuih cara berlauk, tapi beli kuih lapis aje.. hihi
Tengah order nasi kerabu tu yang tak beli banyak kuih

Nasi kerabu yang boleh tahan sedap

6 comments:

  1. wah..kat sana pon ada nasi kerabu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tentu Normi.. kat sini ada ramai peminat nasi kerabu :)

      Delete
  2. waaaaaaaaaaaaaaah sume nmpak menyelerakan... ns kerabu tuh pun namk best sgt, cume ulam nyer moden skit pakai carrot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa semua sedap2 belaka. Dana.. Dapat ni pun dah cukup banyak pilihan.

      Ni la nasi kerabu versi oversea sebab tu letak carrot. Nak buat cemana kan sini mana ada ulam2 macam tempat kita. Kalau ada pun susah sangat nak jumpa. hehehe

      Delete
  3. Kak umi, byk jgk tu kuih2 yg dijual.kat brisbane ni ada jual kuih muih ni tp lain hari lain jenis sbb ramai yg jual.meriah.selamat berpuasa kak umi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga buat Fi sekeluarga.. tengok kat sana pun boleh tahan meriahnya dengan kuih muih ya.. student pulak tu yang rajin2 biz..

      Kat sini pun diorang tukar-tukar juga mengikut hari. Kebetulan hari kak umi pegi tu kuih ni yang dijual. Tahun ni baru sekali je pegi bazaar sbb rajin pulak buat kuih untuk berbuka hampir setiap hari :)

      Delete