Wednesday, August 20, 2014

ISU KEDAI MAKAN HALAL DAN HARAM

Terima kasih atas maklumbalas yang diterima melalui shoutbox tentang isu restoran dan makanan halal/haram ni. Saya sangat hargai maklumat yang diberikan. Dalam masa yang sama saya menjemput tuan@puan supaya silalah memperkenalkan diri dan memberitahu saya apakah nama kedai yang dimaksudkan yang telah menyalahgunakan sijil halal itu supaya dapat dikongsikan dengan moslem di Perth ini dan supaya kita tidak berasa was-was untuk makan di kedai yang memaparkan sijil halal.

Hajat saya cuma berkongsi info tentang tempat makan halal untuk kemudahan kita semua. Tetapi jika hal-hal di dapur terutama bab dari mana pembekal daging itu tidaklah saya tahu. Jika anda tahu, silalah berikan maklumat itu supaya saya dapat kongsi bersama orang lain melalui email.

Alamat email ialah saya: pandorra_75@yahoo.com

Sekian, terima kasih.




4 comments:

  1. Btol tu Kak Umi.Bila kita state sesuatu dan kita rasa bertanggungjawab tunjuk la detail.Jangan main tinggal komen pastu tak tinggal jejak.Buat kita semua dah jd was was kan kak Umi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Fi.. kita pun nak tahu detail juga. Kalau betul dan sah tak halal, kita pun tak nak makan juga.


      Delete
  2. ramai peminat misteri akak nih... jenguk tp tak tinggalkan jejak, bile dh tinggalkan jejak udahla komen menyakitkan hati tak kenal kan diri laktu... apa kata berkongsi secara jujur jgn lah main ckp je yg membuatkan kite jd was2....

    sbr lah kak ye..... dia tu pemalu tahap cipan kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah Dana, sehari dua ni memang happening sikit. :p

      Memang tak ada masalah nak share info tapi bagilah yang jelas, takut nanti menimbulkan fitnah.

      Delete