Thursday, August 7, 2014

Rosemary dan bunga

Jom tengok 'taman' belakang rumah saya.. Kebetulan ternampak gambar pokok rosemary dalam majalah Laman Impiana, terus rasa nak jenguk pokok rosemary ni. Cuma ada 2 pokok rosemary yang ditanam di dalam pasu, dan kedua-duanya tumbuh begitu subur sekali. Salah satunya telah berbunga.

Saya paling suka ambil gambar bunga, terutama sehari selepas hujan dan bila pokok-pokok kena cahaya matahari semuanya nampak segar dan cantik belaka. Sayang sekali musim ni pokok kesum dan pudina tak menjadi daunnya kerana mungkin tak sesuai dengan cuaca sejuk. Tunggu musim panas nanti baru menjadi :)
Pokok rosemary dalam pasu. Kat sini ada yang tanam buat pagar aje

Yang ni berbunga dengan meriah sekali

Close up bunga rosemary

Cantik kan?

Pokok kedua pun meriah

Pokok pandan

Close up bunga purple

Cantik betul  warnanya

Close up petunia

Close up berry white

Kebanyakan bunga di rumah saya ni warna purple rupanya he he he

Cantik kan?

4 comments:

  1. cantik cantik Umiyumi
    selamat hari raya dan ampun dan maaf dari nekcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nekcik... hehehe Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga dari umi.. cemana raya best tak Nekcik? mesti best dapat makan sedap2 dan jumpa saudara mara jauh dan dekat kan? :)

      Delete
  2. Salam Kak Umi,

    Lama tak singgah sini.Last time ada gak try tanam tp x sampai sebulab mati.Memang tgn panas la saya ni.Jarang pokok yg ditanam menjadi.

    Apapun Selamat Hari Raya Kak Umi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Fi,
      Selamat hari raya kepada Fi sekeluarga.. bestnye beraya di Msia kan :)

      Fi tanam pokok apa? kalau petunia dan pansies ni senang sangat hidup.

      Delete