Pertama sekali ada kedai serbaneka bersekali dengan kaunter resepsi yang menjual barang keperluan asas serta makanan. Terdapat juga kemudahan sewa dvd dengan harga berpatutan. Kemudahan wi-fi disediakan dengan caj mengikut jam atau hari.
Kawasan persekitaran resort sangat bersih dan terdapat kemudahan meja panjang untuk berkelah, tempat berBBQ dan juga menyiang ikan. Di samping itu ada beberapa taman permainan di sekitar kawasan termasuklah jumping pillow. Selain chalet, terdapat penginapan jenis studio dan caravan untuk yang mempunyai caravan.
Apa yang menarik ialah disekitar kawasan yang dipenuhi dengan pokok peppermint ini, tinggal sejenis binatang terlindung iaitu ring tail possum. Waktu malam kadang kala boleh terdengar binatang ini berjalan di atas bumbung, bunyinya seolah macam orang memakai kasut getah (gumboots). Jadi satu malam kami pun keluar dari chalet dan menyuluh ke atas pokok. Ada 2 ekor possum yang memandang ke arah kami. Saling berpandanganlah jadinya.. he he.. memang comel sekali. :)
Abang bergambar depan chalet |
Picnic bench depan chalet |
Chalet jenis lain.. suka tengok bersih aje persekitarannya |
Adik tak sabar nak berjalan-jalan |
Musim sejuk pun mandi kolam dan cuba water slide! |
Sekali terjun dalam air terus menggigil |
Terus lari masuk ke heated indoor pool |
Ada 3 jenis kolam di sini.. Yang ni indoor pool |
2 buah kolam di bahagian luar |
Lepas mandi, menuju ke taman permainan pula |
Masa untuk melompat dengan kawan-kawan baru |
Lompatlah tinggi-tinggi |
Puas hati dapat lompat |
Waktu malam suluh torchlight nampak possum atas pokok.. Hello! |
Comel betul! |
Chalet lagi |
Abang tunggu nak pegi games room pulak sebelum check out |
Main dekat games room pula |
Main ping pong pula |
Bat pingpong sewa dari kaunter resepsi |
Ok dah puas hati tinggal sini dan main macam2, jom balik! |
Bye2 Busselton, ada rezeki boleh datang lagi :) |
seronok tgh diaorang main..
ReplyDeleteBetul Normi, rasa cam nak join je kan? hihihi
Deleteumi ikut suami sambung belajar ke atau memang stay kat sana?
ReplyDeleteMerantau dan mencari rezeki di sini, Sarah :)
Deletebestnyer..cantik tempat nie..bersih sangat... tenang jer..xramai orang =)
ReplyDeleteMungkin sbb luar musim cuti sekolah agaknya.. tu yg tak ramai orang. Tapi kalau ramai orang pun tetap bersih macam ni. Best kan? :)
Delete