Monday, August 4, 2014

Mandalay Holiday Resort and Tourist Park - Busselton

Kami ke Busselton sekali lagi pada awal musim sejuk, iaitu kira-kira 2 bulan lepas. Dah lama pun, tapi sekarang baru nak update.. :) Kebetulan masa ni ada tawaran penginapan di Mandalay Holiday Resort sempena winter. Ye lah musim sejuk dan di luar musim cuti sekolah tak ramai yang pergi bercuti.

Tawaran penginapan di superior spa chalet ini sangat berbaloi berbanding harga biasa dan waktu cuti sekolah. Tambahan pula ada banyak kemudahan yang menarik untuk seisi keluarga. Selain dari spa, kemudahan di chalet ini lengkap dengan alatan dan kemudahan memasak seperti dapur, peti sejuk, mesin basuh dan dishwasher. Staf yang bertugas juga sangat peramah dan membantu dengan membawa sendiri tetamu ke chalet masing-masing. Selain itu mereka turut memastikan heater di pasang terlebih dahulu supaya tetamu terasa selesa sebaik melangkah masuk ke dalam chalet. Best kan?

Jom tengok kemudahan dan suasana di dalam chalet...
Ruang tamu dan meja makan. Chalet ini muat untuk 4 orang

Tv, radio dan dvd player di ruang tamu

Dapur

Pinggan mangkuk dan sebagainya lengkap tersusun

Bilik untuk anak-anak.. siap bawa bantal busuk masing-masing :p

Bilik utama

Spa

Kelengkapan mandi

Mesin basuh dan dryer

Gambar pemandangan Jeti Busselton

Sibuk angkut barang dan adik pula tengah tinjau spa :)

Ada tv dalam bilik utama

Kerusi dan meja di beranda

Chalet 42

Mesin dishwasher

Senduk dan sebagainya tersusun kemas

Begitu juga sudu, garfu dan pisau

Lengkap dengan mangkuk adunan dan sebagainya

Cawan dan mug dll

Pinggan mangkuk tersusun

Hah baldi dan seterika pun ada.. 

Alarm clock radio pun disediakan

Periuk scanpan tuu

Set periuk mahal ni

Cerek, toaster dan tray pun ada

4 comments:

  1. bestnyer kak... lengkap selengkap2nyer... kalu duit malaysia berapa rm semalaman tu ek kak... pastu kalu set memasak n pingan mangkuk tu akak terus guna ke cmane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best sangat Dana.. hotel dan homestay kat sini rata2 sangat bersih. Cuma masalah makanan dan bilik air aje la hihi..

      Kalau duit Msia agak mahal rasanya rate hotel 5 bintang, kalau duit sini agak murahlah.

      Tak pakai pun pinggan/mangkuk/periuk tu cuma gunakan kettle dan mug/cawan. Tu yg leceh k umi kalau ke mana2 mesti heret periuk nasi kuali sudu gardu senduk semua macam nak pindah rumah. kelakar pun ada, nak stay 2 malam macam nak duduk seminggu tapi puas hati guna brg sendiri. beras, bahan mentah ayam daging pun bawa masuk cooler. haha.. tu la kalau cuti2 msia rasa besttttt sangat especially boleh bfast, makan macam2.. hmm :)

      Delete
  2. wah..lengkap tak rugi sewa kat sini..:)

    ReplyDelete