Sunday, August 3, 2014

Review Majalah: LAMAN IMPIANA dan GIVEAWAY (GA)

Awal tahun ini saya telah ditawarkan peluang untuk membuat review Majalah LAMAN IMPIANA dalam blog saya. Tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumbalas dari anda sebagai pembaca blog ini sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan majalah tersebut. Ini pertama kali saya diberikan penghargaan untuk buat review sebegini.. terima kasih pihak LAMAN IMPIANA :)

Disebabkan terdapat masalah mengakses LAMAN IMPIANA dari aplikasi eMall, saya telah meminta adik saya yang berada di kampung untuk membelikan saya senaskah majalah ini dan diposkan ke Perth. Sebenarnya saya lebih suka membelek-belek majalah yang dicetak, rasa lebih puashati bila dapat membelek lembaran demi lembaran. :)

Jom kita tengok isi LAMAN IMPIANA kali ini..

Oh ya, perkara pertama yang buat saya tertarik untuk membeli mana-mana majalah sudah tentu gambarnya. Gambar muka depan memainkan peranan yang penting untuk menarik pembaca kerana ia adalah gambar pertama yang ada lihat bukan? Bila sudah tertarik sudah tentu kita ingin melihat isi kandungannya satu persatu.

Rupanya ada banyak maklumat di dalamnya, contohnya jenis-jenis tumbuhan, rekaan lanskap, projek DIY dan sebagainya.. anda boleh tengok sendiri dalam gambar di bawah.

Bagi saya, saya paling suka idea tanaman dan hiasan untuk memanfaatkan ruang laman yang kecil dan juga idea menyediakan kerusi dan meja yang santai untuk berehat di laman atau beranda.. Kalau boleh mungkin LAMAN IMPIANA dapat paparkan maklumat kedai yang menjual peralatan berkebun dan perabot untuk outdoor. Berbeza dengan Australia, di sini begitu banyak sekali pilihan kedai hardware dan outdoor antaranya Bunnings Warehouse.

Jom berikan pendapat anda tentang Majalah LAMAN IMPIANA. DUA ( 2 ) komen/cadangan terbaik yang terpilih akan mendapat hadiah berupa cenderahati dari PERTH. Syarat penyertaan:


  • Sila tinggalkan komen/cadangan anda beserta email address di ruang komen di bawah. 

  • Hanya SATU penyertaan diterima dari setiap peserta.



Tarikh tutup penyertaan ialah 17 OGOS 2014 PADA JAM 12.00 MALAM. Pemenang akan diumumkan pada 18 OGOS 2014. 

Laman Impiana
Jom kita tengok apa yang ada di dalamnya



Saya tertarik dengan kerusi dan meja taman

Petua menghalau nyamuk pun ada.. menarik ni. Kat sini nyamuk tak banyak mungkin sebab ada pokok herba?


Rosemary ni memang hidup subur di belakang rumah saya :)



Suka betul idea tanam pokok dalam besen tin macam ni. Cantik!

Seronok dapat minum petang di patio sambil bersantai dengan keluarga dan kawan-kawan

Dandelion ni memang banyak kat laman rumah tapi kena cabut sebab sejenis rumpai (weed)

Sedapnya tengok nasi kerabu yang dibuat dengan bunga telang :)

Tanaman dan hiasan taman yang cantik-cantik belaka

Idea DIY buat pasu gantung yang sangat mudah

Buat pasu dari tanah liat pun boleh :)


5 comments:

  1. cadangan : 1. Kalau boleh laman impian cadangkan nama tempat untuk membeli anak-nak pokok bunga serta peralatan untuk kemasan bahagian laman rumah yang disiarkan.
    2. Pembelian majalah laman impian secara online lebih berkesan memandangkan ramai peminat majalah ini bekerjaya.

    email : normi80my@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. saya cuba :
    cadangan pertama : adakan pertandingan laman cantik mengikut kategori dan jika boleh fokus pada barangan kitar semula.

    cadangan kedua : banyakkan cadangan hiasan laman untuk rumah teres kos sederhana sebab rumah teres ruang amat terhad, kalau rumah banglo atau semi-d ruang agak besar.

    sitisarah_abdulwahab@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. cadangan 1: Cadangan hiasan laman mengikut bajet kerana tak semua orang mampu hiasi laman rumah dengan bahan/deko yang mahal. Contohnya : hiasan laman bajet RM50 ke bawah...RM100 ke bawah...RM500 ke bawah dan sebagainya.. atau mungkin juga cadangan hiasan laman menggunakan sumber percuma @ barang² terpakai


    cadangan 2 : cover page mungkin boleh dibuat penambahbaikan supaya kelihatan kurang 'semak' atau serabut...mungkin boleh digunakan warna latar yg lebih cerah atau guna warna off-white sebagai latarnya

    hezlinahashim@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Cadangan pertama:
    Hiasan laman mengenai rumah-rumah di desa kerana hiasan laman rumah-rumah kampung pun tidak kurang juga hebatnya.

    Cadangan kedua:
    Paparkan mengenai cara mengolah barangan terpakai atau dikitar semula untuk digunakan sebagai bekas untuk tanaman hiasan.

    ReplyDelete
  5. Sorry Umi terlupa pula emailnya....

    fadzillahminai@gmail.com

    ReplyDelete