Sunday, August 17, 2014

Royal Malaysian Cuisine - Fremantle

Pengumuman: Pemenang GA saya akan umumkan lewat sikit ya.. kena minta bantuan juri berkecuali untuk memilih pemenang. :)

Jom tengok kedai makan yang baru dibuka pada bulan Jun yang lepas di Fremantle ni iaitu Royal Malaysian Cuisine.. Kebetulan lalu di kawasan ni baru ternampak restoran ni, nampak sangat dah lama tak ke Fremantle. :p

Sekali tengok ingatkan cawangan Malaysia Dining Delight sebab ada gambar beca. Rupanya ini kedai berbeza walaupun menunya hampir sama. Sedap sekali makanan di sini, pekerjanya juga adalah terdiri dari amoi-amoi yang cantik dan peramah (amoi suruh tulis amoi cantik he he he). Sebelum makanan tiba, dapat hidangan keropok.. lepas tu ada sambal belacan lagi. Memang bestlah!

Alamat kedai:
Royal Malaysian Cuisine
22/155 Canning Highway
East Fremantle
Perth WA 6158
Phone: (08) 9339 8337
email: royalmalaysiancuisine@hotmail.com
website: https://www.facebook.com/RoyalMalaysianCuisine/

Royal Malaysian Cuisine

Menu dan waktu perniagaan

Lupa amik gambar amoi dekat2 :)

Senarai menu dan harga

Waktu ke sini kedai baru dibuka untuk makan malam

Menu itik halal pun ada

Teh tarik

Teh ais

Satay ayam

Minuman dalam tin

Bekas nasi

Cantik betul.. rasa macam nak beli macam ni jugak

Pai tee yang sangat sedap

Milo dino

Seaweed soup

Ginger onion beef

Nasi lemak







http://www.halalbooklet.com/halaldirectories.html

Sijil Halal dan Direktori halal WAHA


11 comments:

  1. cantik plating ns lemak nyer.... tp dia tak gune sambal ye kak tp mcm kari je tuh... sate tuh pun nmpak menggiurkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan Dana, cantik cara dia hidangannya. Ada 2 lagi kedai stail nyonya pun letak kari ayam juga. Sate tu tak sempat rasa, maybe sedap la tu sbb licin tinggal lidi :)

      Delete
  2. sorry laa Umi... boleh percaya ke halal niii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak boleh percaya tu? share la kat sini..

      tgk kat fb ade je sijil halal dan termasuk dalam directory halal WAHA:
      http://www.halalbooklet.com/halaldirectories.html

      Delete
  3. Bestnya kat perth.byk btol restaurant makanan malaysia.kalau la brisbane mcm best sodap jugak ni kak umi.hehehe.asyik mkn kat luar je la tak berasap dapur.hihihj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Fi, makin banyak restoran makanan Malaysia yang dibuka di sini.

      Kadang2 tu pening juga nak masak apa dan fikir menu harian yang biasanya berasaskan ayam, daging dan kambing. Rindu ikan fresh dan ulam-ulam-ulaman kat tempat kita.

      Delete
  4. Salam Puan Umiyumi.

    Alhamdulillah terserempak dengan blog Puan Umiyumi semasa jalan-jalan cari info pasal Perth. Memang sangat berguna dan menarik.

    Saya akan ke Perth pada 10-14 September ini.
    Tinggal di Cannington Home, Woodloes St.

    Apa pasar / kedai halal yg terdekat di situ, Puan?
    Hajat hati, kebanyakan masa (malam) mahu masak sendiri sahaja...

    .


    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Rasanya byk juga kedai halal tak jauh dari situ. maksud tak jauh tu bukanlah sampai boleh berjalan kaki.. tapi sekurangnya tak perlu memandu jauh2.

      Boleh semak senarai kedai di kawasan thornlie, langford, canning vale, cannington di sebelah kanan blog saya.

      Delete
  5. Terima kasih atas makluman Puan.

    Mohon bertanya juga ya, jauh tak Cannington Homes tu daripada Ladang Anggur (64 Swan Street, Henley Brook WA) yang Puan tunjuk dalam post2 sebelum ini.

    Menarik sangat tempat tu... tapi tiada dalam senarai lawatan kami.
    Kalau kami nak pergi sendiri, agak jauh ke atau senang mahu ke sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya agak2 jaraknya dalam 30-40 minit perjalanan. Tapi sekarang bukan musim anggur.

      Delete