Wednesday, October 22, 2014

Trip to Perth - Part 1

Baru-baru ini kami pulang ke Perth untuk beberapa hari kerana ada urusan.. wah sebut pun pulang kan, sebab rasa macam balik kampung aje. Kali ni rasa berbeza kerana tak dapat balik ke rumah sebelum ini, jadi kena cari tempat tinggal sementaralah kan.

Ini juga kali pertama kami ke KLIA2. Kemudahan di KLIA2 jauh berbeza dan sangat sempurna berbanding LCCT, cuma agak jauh nak berjalan untuk menaiki kapalterbang. Walaupun agak letih kerana berjalan jauh, budak berdua ni tetap gembira sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekolah.

Jom tengok gambar...


Bergambar sebelum check in flight

Berjalan menuju ke balai pelepasan.. sempat lagi bergambar

Lepas tu ternampak patung lego Jedi pulak :)
Ambik gambar lagi
Sempat melayan game lagi.. wifi kat sini sangat bagus
Tak sabar tunggu.. mcm tunggu bas aje, balik pakai selipar :)

Ok jomm

Sampai pagi terus ambil kereta sewa tapi belum boleh check in
Kesian mengantuk sampai tertidur





Waktu malamnya kami ke pasaraya untuk cari barang

Survey dulu barang yang kawan pesan :)

Barang jualan sempena halloween
Nougat
Mangkuk gula-gula bentuk tengkorak dengan tangan yang bergerak2

Makan malam di makan2 cafe

Suasana di kedai

Nasi goreng ikan masin

Adik dan abang selalu order menu yang sama iaitu roti sosej - roti canai dengan inti sosej :)



10 comments:

  1. hai kak...thank..sy dah dpt beg..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Apa lagi Zul, book tiket cepat pegi woolies. kalau Tassie jauh sangat, pegi perth aje la 5 jam saja dah sampai :)

      Delete
  3. Kak Umi,wah mcm kat Makan-Makan jer tu.Ni mesti rasa sedihkan bila blk Perth dah tak leh masuk rumah lama.Mcm saya yg balik kejap Malaysia ni pun dah rasa rindu kat rumah kecik kami kat Brisbane tu.Walau tak lawa pun rumah tu sbb rumah lama tp meluap-luap rindunya especially dapur kecik tempat byk habiskan masa.Hihihi!

    Haritu ada kucing org nak bg.Sebijik KImba kak umi tp my husband takmau pergi amik sbb dia sampai akhir tahun takde kat rumah dan takut takde org willing nak jaga.Sedihnya.Kucing tu comel sgt.Dah la besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fi, kat Makan-makan lah tu. Fi dah sampai kan? Itu la rasa sedih sebab dah tak duduk rumah lama. Sama la rumah k umi sebelum ni pun mmg jenis lama. Rindu masa duduk situ sekali dengan kymba.

      Oh ada org nak bagi kucing ya. Mmg la nak bela kucing ni kena komitmen yg tinggi jugak. Nak tinggal rumah pun susah. Kalau kat sana Kymba kena tinggal kat cat motel lah kalau kami nak ke mana-mana. Kucing sana mmg besar2 dan gebu-gebu. Tp maunye tak besar, mkn byk.. hahaha. sekarang k umi bela noona ni cerewet jugak tp dia cuma makan dried food. try bagi treat pun dia tak nak. isk3

      Delete
  4. Salam Umi...mcm2 posing 2 ank bujang kecik tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Atie,
      Haa yg kecik tu mmg rajin posing. Satu lagi kalau dengar lagu mesti goyang2 badan nak menari :p

      Delete
  5. apa jadi kat kymba ummmi...tak ikut balik.ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kymba tak dpt ikut balik, Nekcik. Nanti umi citer pasal kymba dalam special entry utk dia

      Delete