Sunday, October 26, 2014

Trip to Perth - Part 3: KYMBA

Entry khas tentang Kymba.. memandangkan ramai yang bertanya..

Kymba sebenarnya terpaksa ditinggalkan dengan keluarga yang baru. Walaupun bukan itu yang kami rancangkan kerana semua prosedur import dan eksport telah dipatuhi, Kymba tidak dapat pulang melainkan diuruskan oleh agen dengan kos yang tinggi. Apabila menggunakan agen, mereka akan melakukan semua prosedur ujian dan sebagainya sekali lagi sedangkan semua dokumen sudah lengkap. Tak tahulah apa alasannya, tapi agak mengecewakan bagi kami bila nampak macam agen tersebut cuba mengambil kesempatan. Jadi bila fikirkan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Apapun kami doakan semoga Kymba bahagia dengan keluarga baru yang juga bukan asing bagi kami sekeluarga. Keluarga baru Kymba ni betul-betul sayangkan Kymba sampai buatkan kami terharu.

Jom kita melawat Kymba...

Rumah baru Kymba yang cantik








Ini Alice namanya, mula-mula taknak kawan dengan Kymba tapi sekarang dah boleh duduk sekali
Kymba tetap suka melepak atas sofa





Adik yang rindukan Kymba

Mama baru Kymba jamu minum kopi yang sedap
Juga lasagna yang lazat


Kymba didukung oleh abah, masih ingat abah lamanya
Suka tengok pokok ni. cantik pulak warnanya

Kymba suka bermain di laman belakang

Kadang-kadang suka berjemur tepi kolam




Pokok rosemary yang makteh saya tanam
Adik dan Kymba



Tetap sayangkan dia
Moga Kymba busyuk bahagia hendaknya

4 comments:

  1. gebunye kymba...mesti ank2 rindu kt die smp xberenggang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Kymba mmg gebu sgt tu yg geram bila peluk dia mcm bantal hehe..

      Budak2 rindu sangat dengan dia bila berjumpa baru dapat lepaskan rindu. Tp Kymba tu cam biasalah, dengan muka poyonya :p

      Delete
  2. Wah rumah baru Kymba ada pool. Boleh dia swimming hari2 slimkan badan.

    Kesian anak2 tu rindukan Kymba sbb dah rasa mcm family kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah kymba tu reti berenang ke tidak, tapi yang tak pastinya kalau bg mandi, dia duduk diam aje.. tak lari pun. Fuhh kira baik sgt la dia, takut juga kalau dia mengamuk kan, badan bukannya kecik.

      Itu la, adik la yang paling terasa sebab dia yang suka uli2 Kymba tu. sekarang kena adopt kucing lagi sbb kesian dia mmg suka ada kucing buat kawan bermain :)

      Delete