Untuk kunjungan singkat ini, kami menetap di motel sahaja. Kami cuma bergerak sekitar bandar sahaja dan disamping itu mengambil peluang untuk mencari (
revisit) tempat yang biasa dikunjungi, terutama tempat makan.
Anak-anak sudah tentulah ingin ke sekolah lama untuk berjumpa kawan-kawan. Kebetulan masa ni sekolah ada buat acara
lap-a-thon lagi. Apa lagi abang dan adik pun terus nak buat kejutan dekat kawan-kawan dan cikgu sekolah. Seronok betul dapat jumpa, ramai yang terhenti seketika waktu berjalan bila ternampak anak-anak saya ini dan akhirnya diorang ditarik sekali untuk menyertai
lap a thon. Haa apa lagi ikut sertalah walau cuma berselipar sahaja :)
Selepas
lap-a-thon, adik diajak ke kelas oleh cikgu untuk berjumpa dan bersembang dengan kawan-kawannya. Bila cikgu bertanya kelas siapakah yang terkejut bila adik muncul di sekolah, semua kawannya mengangkat tangan memberitahu yang adik telah membuat kejutan dan mereka sangat gembira dapat berjumpa semula. Apabila sekolah berakhir, satu kejadian mencuit hati telah berlaku apabila adik yang keluar dari kelas dan diperhatikan gurunya, sama-sama sibuk mencari beg sekolah di luar kelas hehehehe..
|
Suasana pagi di luar motel. Selamat pagi Perth! |
|
Sarapan di bilik sahaja dan tengahari kita cari kari! |
|
Kari terbaik di Perth di Cafe Rasa Sayang, Spencer Village |
|
Teh ais yang sedap |
|
Nasi, kuah kari dengan lauk ayam goreng |
|
Jalan beriringan bersama kawan-kawan |
|
Abang dengan dua kawan baiknya |
|
Sambil bersembang agaknya |
|
Dua kawan baik mengapit sepanjang lap a thon |
|
Kawan-kawan satu kelas |
|
Berehat sekejap sambil dikerumuni kawan sekelas |
|
Meriahnya suasana di padang |
|
Terpulanglah nak berlari atau berjalan, berguling atau berjalan sambil membelakangi |
|
Selepas lap a thon, adik pergi berjumpa kawan-kawan di kelas |
Adik dengan abang mesti rindu dgn kwn2 dan cikgu.Hihihi!Saya lak rasa sedih bila tgk gambar diorg sbb kanak2 apa yg diorang rasa mudah nampak dari air muka diorang.
ReplyDeleteHaah memang rindu sangat Fi. Tengok muka diorang ceria sangat dapat berjumpa. Ye lah kan, dah bertahun-tahun kawan dan duduk satu kelas.
DeleteLepas sekolah abang terus ke rumah kawan baiknya. Kalau ikutkan tiap-tiap hari nak pergi lepak rumah kawan :)