Wednesday, November 5, 2014

Trip to Perth - Part 6: Dinner dan breakfast

Bila 'balik kampung' sekejap macam ni, tentulah nak makan kat tempat kegemaran sebelum ni kan.. Malam sebelumnya kami makan malam di Satay on Charcoal dengan kawan baik saya yang berasal dari Zimbabwe. Tak pernah saya jumpa orang macam kawan saya ni yang sangat baik dan rajin, Sewaktu kami sedang berkemas dan mencuci rumah, kawan saya inilah juga yang datang tolong membersihkan rumah, menyapu, mengelap dan sebagainya. Tidak lupa juga kawan suami saya yang datang bersama isteri dan anak-anaknya dan membantu sehingga selesai. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik anda semua dengan sebaiknya. Amin..

Ada juga kawan-kawan yang ingin berjumpa tapi tidak dapat berjumpa disebabkan kesuntukan masa dan hal lain yang tidak dapat dielakkan. Insyaa Allah panjang umur dan ada jodoh boleh berjumpa di lain kali. Jadual kami agak padat dan waktu malam selepas dinner pun saya dah tak mampu nak tengok tv, memang letih sangat.

Makan malam kali ni dah tentu mengikut selera adik, peminat tomyam seafood di Restoran D'Nyonya, East Victoria Park.

Untuk breakfast pula, tak banyak pilihan tempat di hari biasa melainkan ke Basement Cafe, Curtin Uni. Jom tengok gambar.


Adik tak sabar tunggu tomyam

Teh tarik dan rootbeer float


Ginger onion beef kegemaran abang
Tomyam seafood

Rendang daging with compliment dari chef

Oren sebagai pencuci mulut
Kailan ikan masin kegemaran saya

Perut kenyang, hati pun senang :)

Selamat pagi Perth,. jom breakfast dulu


Adik cuma nak nugget


Donut pun ada
Cappucino
Abang



Nugget dengan sos tomato

4 comments:

  1. salam umiyumi.. nak tanya, kalau drive kereta sewa di area bandar perth tu senang tak nak urusan parking? sebab ingat nak amik accomodation kat outskirt of city je.. cadangnya nak ke sana cuti sekolah bulan 9 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Kat bandar street parking mmg terhad tapi ada tempat letak kereta bertingkat yang terletak di kawasan strategik. kalau nak ke murray/hay street sy biasa parking kat pier street parking :)

      Delete