Wednesday, November 26, 2014

Homestay @ short term accommodation

Pada kunjungan kami ke Perth baru-baru ini (terasa macam 'balik kampung' pulak).. dah tentu kena cari tempat penginapan. Kalau sebelum ni kami tinggal di motel, kali ini cuba cari tempat lain pula.

Semasa ke Busselton, kami menggunakan perkhidmatan Stayz untuk mencari homestay. Kini saya cuba menggunakan Airbnb pula.

Apa yang saya dapati beza antara keduanya ialah jika menggunakan Stayz, pelanggan perlu membayar bond untuk tujuan tempahan, dan membayar jumlah penuh sewaaan biasanya seminggu sebelum tempoh menginap. Bayaran bond akan dipulangkan dalam tempoh 7-14 hari selepas check out jika tiada kerosakan yang disebabkan kecuaian sewaktu anda menginap.

Manakala bagi Airbnb anda perlu membayar jumlah sewaan sepenuhnya termasuk bayaran admin kepada Airbnb semasa membuat tempahan.

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Airbnb, anda perlu mendaftar sebagai pengguna dan menunjukkan bukti pengenalan diri seperti pasport dsb serta membina profil anda untuk disemak oleh tuan rumah. Jika tuan rumah bersetuju barulah dia akan menyewakan rumah tersebut kepada anda.

Jom tengok tempat kami berteduh selama beberapa hari.. maaf gambar ada yg tak tersusun :)


Kami menginap di apartment di tingkat 3 dan tiada lif.. jadi kena menapak naiklah.. takpe le eksesais hihi

kerusi dan meja bersantai di balkoni yang mengadap jalan raya
Adik bergambar dengan kereta sewa. Tempat letak kereta disediakan

Bilik air yang lengkap dan bersih

Bilik tidur utama

Kelengkapan dapur yang lengkap.. hehe ayat mcm kelakar 


Suka minum kopi di sini

Meja makan yang cantik dan terletak bersebelahan tingkap

Tuan rumah sediakan biskut

Jus, susu, air mineral, sos.. yang asas

Panduan pelancong yang sangat lengkap dan informatif

Bilik air dengan spa bath

Dapur yang lengkap dengan oven, dishwasher bahkan mesin kopi

Adik dari mana tu? Teka lahh

Laundry area siap dengan mesin basuh dan dryer

Ruang tamu dengan sofa L

TV dan kemudahan wifi

Inilah dia bilik tidur kedua yang terletak di loft, perlu naik menggunakan tangga yang ditarik turun mcm gmbar adik kat tangga tu

Hiasan berkonsep pantai

Gantungan di dinding

Cantik kan?


Bersih aje.. periuk sudip pinggan mangkuk semua disediakan

Berhampiran dengan hentian bas pulak tu

Sambil minum kopi, seronok jenguk kot luar tingkap
Macam ni lah suasana di waktu malam di kawasan ni.. sangat indah :)

16 comments:

  1. Replies
    1. Tuan rumah dan penyewa sama2 jaga kebersihan, dah jadi satu budaya.. tu yg kemas :)

      Delete
  2. As Salam, ...Wow Cantik..
    Teringin nak pi sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cik Mona,
      Ada rezeki pegi la jalan2.. musim paling best ialah musim bunga. :)

      Delete
  3. umi...ingatkan yg tu mmg jln betul ke pantai...cantiknya...

    ReplyDelete
  4. Salam kak umi. Sy akan ke perth pd 19/7/2015 nnti dan dijangka smpai pd 3pm. Lps settle kete sewa trus shoot ke albany. Bahaya x drive mlm ke sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Waktu malam kena hati2 sikit sebab gelap. Kanggaroo pun suka dengan lampu kereta.. so hati2 lah kalau ada nampak tanda2 ada kanggaroo tu. Selain dari tu ok aje drive malam2 :)

      Delete
  5. Salam kak umi...kami akan ke perth 24hb april ni..boleh suggest kami attire yg sesuai? Takut nanti terkena macam kat osaka last week..check kat google weather x sejuk sgt just pakai light jacket saja..tp rupanya kat sana semua still pakai winter coat lagi...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Bulan 4 dah masuk autumn. Cuaca mmg tak sejuk sangat cuma kadang2 ada angin yg sejuk terutama waktu malam. Pakai light jacket pun dah cukup :)

      Delete
  6. Salam kak...just nak share..Sekiranya memerlukan homestay di Perth, sesuai utk org Islam, SUCI dan HALAL, boleh muat hingga 6 orang..$180 per malam..10 minit dari Perth City..boleh whatsapp +61411536495 utk berbincang dengan lebih lanjut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Menarik tu. Boleh htr gambar dan detail ke alamat email sy pandorra_75@yahoo.com nanti sy iklankan Insyaa Allah.

      Delete
    2. Boleh wassap sy details penginapan. Nak ke sana bln okt 2017

      Delete
  7. Salam,

    Nak tanya apa nama apartment ni? nak search kat air bnb

    ReplyDelete
  8. salam umi, kami nak ke Perth September ni dlm 6 pax. ada homestay 4 bilik tak disana. dan brpa AUD utk3 mlm

    ReplyDelete