Monday, November 3, 2014

Trip to Perth - Part 5: JJCM

Jom sambung cerita kat Perth lagi.. mana tahu boleh jadi panduan yang nak bercuti2 ke sana pulak kan?

Waktu pagi biasanya kami cuma mengambil sarapan ringkas sahaja..makan croissant dengan kopi pun dah cukup kenyang. Maklumlah tak banyak tempat makan untuk bersarapan pagi pada hari biasa kecuali hari minggu.
Croissant ni dibeli di Danish Patisserie, Bassendean. Selain croissant, kami juga beli pie seconds (yang reject sebab tak cantik) tapi dah sedia dimasak dan cuma perlu panaskan dalam microwave. Kalau nak yang first grade pun ada dan yg frozen pun turut dijual.

Jangan lupa cuba kopi susu atau espresso.. jenama kegemaran kami ialah Dare espresso atau satu lagi double espresso. Kat sana susu, kopi memang dah jadi minuman seharian. Waktu sepupu saya datang dulu, diorang suka sangat dapat minum susu coklat. :)

Selain dari tu kami kunjungi tempat makan biasa seperti Charcoal Chicken dan Spice Express. Spice Express ni ada menu rojak dan mi soto yang sedap. Tapi rojak cuma dijual pada hari sabtu dan ahad saja.

Jom tengok gambar...
Croissant yang murah cuma $2 satu paket

Charcoal chicken di Willagee

Quarter chicken with rice.. nasinya banyak. Boleh share atau tapau bawa balik

Lamb ribs

Quarter chicken with chips

Chicken schnitzel and chips

Abang dan adik suka dapat makan-makan di sini

Inilah kopi susu dare yang sedap tu

Sempat lagi shopping di Harbour Town yg dah tukar nama jadi Water Town

Berendam di kolam walaupun sejuk

Pagi minggu dengan hujan renyai-renyai.. kami ke Spice express untuk cari sarapan
Tapau aje rojak yang sedap ni sebab tengok kedai penuh, nak duduk kat luar tak boleh sebab hujan

Serta mi soto yang sedap ni
Makan kat motel aje pun ok :)


8 comments:

  1. kak seronoknya.....hopefully anak2 saya dah besar2 mcm anak akak boleh sampai kesana...skrg kecik2 bawak jalan pening mcm2 ragam ada....hiksss:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. K umi pulak rindu zaman anak2 kecik mcm dulu, walaupun letih terkejar2 kadang2 tu.. sekarang masing2 dah besar barulah boleh duduk makan elok2 kat meja tapi sibuk buat hal masing2, tgk tv atau main game aje :p

      Delete
  2. aduhla,,, nape sume nmpak sedap sgt2 kak...

    ReplyDelete
  3. Hi sis umi, kalau tak keberatan boleh tak k. Umi share your thought / experience sepanjang tinggal disana-their etiquette.. I noticed mat salleh ni contohnya store owners kedai akan greet each customer yg masuk, kita hanya lalu dpn lif pun mereka sanggup keluarkn kepala bertanya dr dlm 'are you getting in?' saya tertanya2 mcm mana mereka ni dilatih dr kecil sehingga dpt jadikannya satu budaya murni ..:-)tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,
      Haah budaya kat situ mmg mcm tu. kalau pegi kedai beli brg dan nak bayar diorang akan tegur "Hi, how are you?".. Kalau di jalan raya pun diorang sangat berhemah, Di sekolah lagi dah diterapkan macam ni.. budak2 excited sangat pergi sekolah dan jumpa cikgu. Tak sabar nak sembang macam2 dengan cikgu sebab cikgu sentiasa mendengar dan memuji jika ada nilai-nilai positif.
      Ok, nanti sy buat entry pasal ni. :)

      Delete