Entry terakhir kunjungan ke Perth. Selepas check out, kami menuju ke
Perth City untuk makan tengahari di
Insan Cafe.
Selepas makan kami terus ke lapangan terbang untuk pulangkan kereta sewa. Lebih senang sewa kereta terus dari situ dan pulangkan kat situ juga. Kalau nak pulangkan kereta di luar waktu bekerja pun boleh, cuma letakkan kunci dalam kotak disediakan.
Kami mengambil kereta sewa dari Europcar yang ditempah melalui link Air Asia iaitu Car Trawler. Bayaran boleh dijelaskan melalui kad kredit dari Malaysia. Sekurang-kurangnya dah tak perlu keluarkan duit masa nak ambik kereta, cuma anda diberikan pilihan insurans tambahan dan perlu mengisi minyak penuh sewaktu memulangkan kereta.
Jom tengok gambar..
|
Masih ada pembinaan yang belum siap di kawasan ini |
|
Nampaknya tak lama lagi siaplah ni |
|
Nasi campur di Insan Cafe |
|
Abang dan adik |
|
Mi goreng yang sangat sedap |
|
Dah siap menaiki pesawat |
|
Selamat tinggal Perth, panjang umur murah rezeki datang lagi |
|
Air Asia, now everyone can fly ;) |
bestnyaaa.. :))
ReplyDeleteBest sangat :))
Deletebelun sempat nekcik sampai sana..ummi dah balik mesia
ReplyDeleteHaa itulah dok tunggu Nekcik tak datang2, jadi umi terpaksa balik sebab rindu mesia hehehehe :)
DeleteSalam kak ummi..sy nk g perth 27nov..nk tahu ttg ladang anggur yg kak ummi pernah bwa tokdin dulu..dkt mana ye..lg 1, tringin nak naik bot or ferry..yg pusing dkt2 pun takpe..mana yg ok ye kak..
ReplyDeleteWsalam.. ladang anggur tu kat tepi jalan di Swan Valley. Kedai org vietnam kalau tak silap.. dia ada buka gerai tepi jalan dan kami saje je minta kebenaran nak tengok pokok anggur kat belakang gerai dia. Dia bg tengok tapi tak bg petik sbb baru lepas spray katanya.
DeleteKalau nak naik bot, ambiklah cruise dari jeti di Barrack Street (dekat swan bell tower tu) ke fremantle. Nak amik cruise pegi balik pun takpe. atau one way pun ada. Cuba check website ni http://www.goldensuncruises.com.au/index.php/our-river-cruises/fremantle-cruises/fremantle-one-way
Bila sampai fremantle, pusing2lah situ naik free CAT bus. lepas tu cuba balik naik train pulak ;)
Atau.. kalau tak nak pegi jauh2, naik je feri dari Barrack Street ke South Perth, seberang sungai je :)
Owh..sy bru je smpai pg td..dah pusing2 area swan valley..sempat msuk caversham,margeret shoclate..ni rhat jap bru chek in dkt city stay apartment..lpas ni pusing lg then esk nk ikut plan yg kak ummi bg..thanks kak..apa lg ye tmpat or apa2 je yg mnarik kami wajib g svlum blik..
DeleteKena cari souvenir la, borong banyak2 bawa balik. dan jgn lupa beli nougat dan kopi susu Dare ;)
DeleteOh ya jangan lupa ke Cohunu koala park, atau cuba ke penguin island di Rockingham
Delete