Tuesday, July 9, 2013

Perhimpunan sekolah

Selamat berpuasa saya ucapkan sekali lagi.. cemana senang bangun sahur tak? :)

Jom tengok gambar sekitar perhimpunan sekolah yang berlangsung Jumaat lepas, iaitu hari terakhir persekolahan penggal kedua.
Persembahan dari kelas

Ceritanya tentang penjagaan gigi

Guru muzik yang aktif

Sesi penyampaian sijil kecemerlangan

Budak ni bangun sebelum namanya dipanggil..tengok betapa manjanya  pelajar dengan pengetua :)

Tumpang bangga abang dapat sijil

Guru-guru yang mendapat sijil penghargaan dari pelajar

Penghargaan kerana cemerlang dalam spelling :)

Monday, July 8, 2013

Mi kari simple

Selamat berpuasa kepada kaum keluarga, saudara mara dan kawan-kawan di mana saja anda berada. Dengarnya Malaysia akan mula berpuasa pada hari Rabu, samalah seperti kami di Perth ini..Warga Perth boleh rujuk website Aussiemuslims untuk maklumat lanjut. Bezanya kami di sini akan berbuka lebih awal iaitu sekitar 5.30 petang. Berpuasa di musim sejuk ni tak begitu terasa lapar dan dahaga, cuma tak tahan rasa sejuk.

Sebelum tu jom habiskan post tentang makanan, susah nak stop entry pasal makanan ni.. kalau boleh saya cuba kurangkan tahap ke'terliur'an pada gambar. Mungkin ambil gambar dari jauh? Tapi susahlah nak stop terus sebab bulan puasa ni selain godaan makanan, kadang-kadang tercari idea nak masak apa untuk berbuka.. bila blogwalking dan nampak menu sedap-sedap ni adalah idea sikit kan.. alasan sebenarnya he he..
Mi kari cuma letak crabstick.


Ok tak? Rasanya memang sedap, ikut citarasa saya

Yang ni gambar kurang cantik sikit

Mudah sangat cuma pakai pes segera ni dan tambah sesudu sos tiram :)

Sunday, July 7, 2013

Best Ever Brownies

Dah lama sy teringin nak makan kek coklat yang ada kacang di dalamnya, apa lagi kalau bukan brownies! Rasanya ini kali kedua saya buat brownies.. Sebabnya kalau tengok resepi yang guna banyak butter ni saya teragak-agak sikit nak buat. Tapi disebabkan nak makan walnut dan kek coklat, sy buat juga. Memang berbaloi, sangat terasa kecoklatannya dan rasa kacang yang saya suka. Tapi cuma boleh makan paling banyak 2 atau 3 potongan dalam satu masa. Mungkin bertambah sedap kalau cuba makan dengan aiskrim. :)
Makan tak jemu




Memang terasa kecoklatannya

Lembut dan moist

Siap dipotong

Resepi di ambil dari sini --> Best Ever Brownies.
Ingredients

150g butter (sy letak hampir 300g)
1 cup brown sugar, firmly packed (sy guna 1 1/2 cawan)
2 eggs (4 eggs)
1/2 cup plain flour (1 cup plain flour)
1/2 cup cocoa (1 cup cocoa)
(sy tambah 1 sudu teh esen vanilla)
(sy tambah 1/2 cup crushed walnut)

Method
1. Cream butter and sugar until fluffy.
2. Add eggs one at a time on low speed. (Add vanilla essence)
3. Mix through flour and cocoa. (Add walnuts)
4. Bake at 160C for 25-35 minutes.
5. Serve warm with cream and/or ice cream, or ice with with chocolate icing.

Thursday, July 4, 2013

Piring dan milkshake maker terpakai

Barang lama dan terpakai ni kadang-kadang masih elok, cantik dan boleh digunakan lagi. Piring-piring terpakai ni adalah koleksi terbaru saya. Rasa sangat tertawan dengan corak bunga yang berbeza pada setiap piring. Boleh digunakan sebagai piring kuih atau disimpan sebagai hiasan.

Milkshake maker pun masih elok, sangat berjasa dan sudah beberapa kali digunakan untuk membuat minuman milkshake dan juga coconut shake yang sangat lazat! :)


Piring tanpa cawan teh - Royal Albert Kentish Rockery

Elizabethan

Ros kuning

Duchess Fuchsia

Close up Fuchsia

Royal Stafford

Carnation

Queen Anne

Close up piring Queen Anne

Duchess

Close up



Milkshake maker pula dibeli di Sunday market

Masih elok lagi.. :)

Wednesday, July 3, 2013

Orange Bundt Cake... dan strawberi

Bila tengok ada buah limau kat rumah, terus teringat kek oren. Apa lagi, buat orange bundt cake kesukaan saya lah. Saya sangat suka aroma dan rasa kek seperti ini. Memang tak jemu memakannya.

Dalam masa yang sama buah strawberi semakin banyak dijual. Paling geram sekali tengok buah strawberi yang besar dan segar belaka. Walaupun harganya masih mahal, teringin juga nak beli dan cuba. Memang tak mengecewakan bila dapat rasa buah yang manis macam ni :)
Setelah dikeluarkan dari acuan

Setelah dipotong.. makan satu keping nak sekeping lagi :)

Potong kek macam biasa, tak boleh ikut pusingan tu :p

Strawberi segar

Tak jemu-jemu memandang warna merah berseri

Saiz berbanding ceri


Jom tengok resepi kek.. senang letak resepi kat sini bila-bila nak buat boleh rujuk.
Resepi asal dari blog bakingbites.

Resepi saya ubahsuai adalah seperti dibawah:
3 cups all purpose flour
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
3/4 cup butter, room temperature
1 cups caster sugar
3 large eggs
1 tsp vanilla extract
1 tbsp orange zest
1 cup freshly squeezed orange juice

Preheat oven to 180C. Grease and flour a 10-inch bundt pan.
In a medium bowl, whisk together flour, baking powder, baking soda and salt.
In a large bowl, cream together butter and sugar until fluffy. Beat in eggs, one at a time, followed by vanilla extract and zests. Stir 1/3 of the flour mixture into the butter mixture, followed by the orange juice. Add in additional 1/3 of the flour mixture, followed by orange juice. Stir in all remaining flour, mixing only until no streaks of flour remain visible. Pour into prepared pan.

Bake for 40-45 minutes, until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean or with only a few moist crumbs attached.

Let cake rest in pan for 15 minutes, then turn out on to a wire rack to cool completely.

Tuesday, July 2, 2013

Sarapan pagi minggu di Spice Express - Myaree

Sesekali bila teringin bersarapan di luar, kami akan menuju ke Spice Express yang terletak di Myaree. Entry Spice Express sebelum ini boleh dilihat di SINI.

Kafe ini sentiasa menjadi tumpuan sarapan pagi dan makan tengahari di hujung minggu..Pada hari-hari biasa pun penuh dengan pelanggan terutama waktu makan tengahari. Makanannya pun sedap-sedap belaka. Saya pernah cuba beberapa menu seperti soto ayam, nasi lemak, mi siam, vadai dan rojak. Menu rojak cuma disediakan pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau kesini waktu hujung minggu dah tentu tak akan lepaskan peluang menikmati rojaknya yang sedap itu..

Jom tengok gambar...
Nasi beriani dan lamb curry

Nasi lemak

Vadai

Peminat lamb curry

Menu rojak cuma dijual hari Sabtu dan Ahad sahaja

Mi soto

Monday, July 1, 2013

Kari terbaik di Perth @ Cafe Rasa Sayang - Thornlie

Sesiapa yang ingin mencuba kari terbaik di Perth bolehlah ke sini..Sebelum ni saya dah pernah buat entry kat SINI.

Masa mula-mula datang saya dah cuba roti canainya yang lazat. Baru-baru ni saya cuba makan nasi pulak. Memang sedap tak terkata. walaupun pedas, karinya tetap nombor satu! Ditambah pula dengan teh tarik yang terbaik.. perghhh!

nasi beriani, ayam 65, kubis goreng dan kuah.. tengok ni pun dah meleleh air liur hihi

Nasi putih, ikan dan taugeh

Roti canai 2 keping untuk peminat roti canai

Peminat nasi dengan kari kambing :)
Tetiba rindu nak makan roti canai pulak :)