Selamat berpuasa kepada kaum keluarga, saudara mara dan kawan-kawan di mana saja anda berada. Dengarnya Malaysia akan mula berpuasa pada hari Rabu, samalah seperti kami di Perth ini..Warga Perth boleh rujuk website
Aussiemuslims untuk maklumat lanjut. Bezanya kami di sini akan berbuka lebih awal iaitu sekitar 5.30 petang. Berpuasa di musim sejuk ni tak begitu terasa lapar dan dahaga, cuma tak tahan rasa sejuk.
Sebelum tu jom habiskan
post tentang makanan, susah nak
stop entry pasal makanan ni.. kalau boleh saya cuba kurangkan tahap ke'terliur'an pada gambar. Mungkin ambil gambar dari jauh? Tapi susahlah nak
stop terus sebab bulan puasa ni selain godaan makanan, kadang-kadang tercari idea nak masak apa untuk berbuka.. bila
blogwalking dan nampak menu sedap-sedap ni adalah idea sikit kan.. alasan sebenarnya he he..
|
Mi kari cuma letak crabstick. |
|
Ok tak? Rasanya memang sedap, ikut citarasa saya |
|
Yang ni gambar kurang cantik sikit |
|
Mudah sangat cuma pakai pes segera ni dan tambah sesudu sos tiram :) |
Salam umi
ReplyDeleteSamalah ye berpuasa Hari rabu :)
Sedapnya...guna pes segera, senang lah ye.
Salam Kak,
DeleteSama2lah kita puasa hari Rabu ya.. tapi kami berbuka awal lah kat sini, waktu malam lebih panjang sekarang.
Sedap juga guna pes segera ni tak payah susah2 blend macam2, cuma campur air dan santan aje hihihi.. petua letak sos tiram tu dari MamaTiaMia. Agak pedas rupanya pes ni tapi memang terangkat!
sedapnyer kak.... tak kisah la simple pun jnji ada rasa mee kari kan...
ReplyDeleteselamat berpuasa utk akak n family
Selamat berpuasa juga buat Dana dan family.. bestnye kan kat KL dah tentu meriah dgn bazaar Ramadhan. Balik keje boleh singgah beli macam2 jenis lauk.
DeleteMi kari ni rasanya cukup sedap bg K Umi hehehe
sekarang ni macam pes segera ada dipasaran
ReplyDeleterajin ngan malas je nak buat
salam ramadhan ye ;)
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa Irfa..
DeleteBetul tu sekarang dah banyak pes segera. Ada yang sedap, ada yang kurang. Yang penting kalau masak sendiri kat rumah lebih puas hati :)
owh pernah nampak perencah ni..sedap tak kak
ReplyDeleteK umi ni bkn hantu mi kari.. kalau dapat yang sedap, semangkuk pun cukuplah. Tapi yang ni haa confirm sedap ikut selera k umi..
DeleteKalau nak hidang utk open house pun sesuai Su, tp make sure sembunyi paket tu jauh2 dalam tong sampah hahahaha
sedapnya ummi..:)
ReplyDeleteMemang sedap Normi, tak yah susah2 blend mcm2 bahan.. jimat masa dan tenaga :)
DeleteK. Umi, selamat menjalankan ibadah puasa kat sana.
ReplyDeleteTerima kasih Wati.. selamat berpuasa juga kepada Wati dan keluarga di sana :)
DeleteAs salam, umi n family, chek nak ucapkan salam ramadhan.....uuummm sedapnya mee kari...mintak cikit..!
ReplyDeleteWsalam Cik Mona, selamat menunaikan ibadah puasa dan terawih di bulan Ramadhan yg mulia ni.. boleh nak makan mi kari, mailah rumah boleh makan sepinggan dua :D
DeleteSalam Ramadan Umi
ReplyDeleteSlmt berpuasa buat Umi sekeluarga.
sama di Egyptpun mula puasa Rabu.
mee kari sedapnya....antara menu kegemaran kami sekeluarga.
tengok pes laksa kari tu teringat ada satu paket belum guna...nak kena buat juga.
Salam Ramadhan juga buat Mamasya sekeluarga dan selamat berpuasa. Rasanya rata-rata tempat mula puasa harini, termasuklah di Perth ni. Diorang ikut masjid, ada masjid ikut negara.. semuanya berpuasa hari ini kecuali masjid Turki tak tahulah bila diorang mula puasa.
DeleteHaa elok tu habiskan pes yg belum guna. Kadang2 guna pes ni sgt menjimatkan masa, tambahan pula pes yg sedap2 ni mmg selalu kena simpan stok :D