Friday, September 21, 2012

Nak Cekodok?

Antara menu minum petang yang mahal di Perth ni ialah cekodok pisang. Kenapa? sebab pisang mahal daa.. pisang yg dah masak ranum pun dijual $2 satu pek dan yang paling murah jumpa $0.98/kg..minum kopi atau teh petang2 ni kalau ada cekodok baru lengkap. Bukan tak try mkn waffle ke,tart ke, scones ke ala2 mat saleh tp nikmatnya tak sama.. hehe macam2lah saya ni kan. Ni semua dr minda kitalah, benda yg susah nak cari/buat tu lah yg kita teringin. Kalau teringin durian, boleh cari kat kedai. Manggis pun ada ($1 sebiji) tapi satu je tak jumpa.. cempedak.. hmm :p

Oh ya, esok sesiapa yg ada di bumi Perth ni jgn lupa ke Malaysian Food Fair okeh. Kalau sudi, singgahlah ke gerai kami beli kek dan nasi ayam. Tegur2lah kami, almaklumlah kami ni insan2 pemalu hehe.. Selain dr kek, ada tart, whoopie pie.. puding laici. Insyaallah kalau sempat nak buat kuih lopis, apam polkadot dan bihun goreng. Nak cili jeruk mkn dgn bihun pun ader. Jom!!!
minyak masak mahal, nak goreng pun kena jimat2 tau.. :p

cekodok.. walaupun hitam, tetaplah sedap dan menjadi pujaan hatiku :D

12 comments:

  1. Xpe kak umi,balik sini hari2 breakfast luar..lepas rindu makanan mesia:)
    Org disini rindu mknan sana,org disana rindu makanan disini..kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik naik flight tak kira xcess baggage utk berat penumpang kan. sekali tengok haa... berat naik berkilo hahaha..

      Hannani, apa makanan yg best lg kat sana? dgr kata kat panggung wayang pun dah ada pop corn mcm2 perisa ye? rindu nak tgk wayang kat sana he he

      Delete
    2. alamak..bab mkn ni,takde la tau sgt.selagi boleh ngap,sy ngap jer..kuikuikui
      tp tataula kak umi sempat rasa tak sebelum duduk perth..skang ni ramai suka burger bakar http://burgerbakar.com/menu/

      if pop corn tu,sejak kawin ni dah lamaaa tak tgk wayang..haha.tu yg taktau perkembangan tuh..cuma pop corn mcm² perasa tuh mmg ada jual byk tempat dah sekarang..layan gak mkn
      http://www.facebook.com/planet.popcorn.malaysia

      owhh..skang mcd tgh keluar menu baru,burger samurai ;)yum yum

      Delete
    3. waaa burger bakar dan samurai. fuhh mcm mana agak2 rasanya ya.. tak sabar nak try. :D

      Delete
  2. malunyer saya sebab walau duduk di malaysia tapi tak pernah buat cekodok... saya sendiri pun tak tahu kenapa.... hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk malu apanya, kalau duduk msia beli cekodok RM2 pun dah tak larat nak mkn.. sbb lebih senang beli dr nak buat hehehe..

      Delete
  3. ek kak..mcm gelap je 2 tapi mcm sedap cz tembam2 la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la, rupa xde, tp rasa tu ada hehehe..

      Delete
  4. Bolatnya cekodok dia,uiks teringat pulak kat pisang emas yg tak dapat diselamatkan setandan pisang tu belum cukup tua,dugaan tuhan tanah atas bukit runtuh habis melimpah masuk ke halaman umah pokok tu pun patah huwa aaa nak cekodok umi nun jauh disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulat ka? haha.. tp rupa dia tak cantikla. cekodok pisang emas paling mahal sbb pisang tu saja dah mahal hehe.. isk sayangnya pisang emas kena timpa tanah runtuh. bila tu?
      mai la nak mkn cekodok panas2.. sambil minum teh bawah pokok lemon :)

      Delete
  5. umi nak tanya ya mcm mana nk buat cekodok bulat2 mcm tu ya.... slalu tertanya2 nk pernah masak cekodok bulat2 cantik mcm tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik? isk biar betull hehe.. umi buat cekodok pakai tepung self raising. mula2 lenyek pisang cam biasa, pastu letak tepung, air sikit, gula dan secubit garam. pastikan minyak betul2 panas.. umi pakai minyak tak banyak pun. bila dah jemput masuk dalam minyak tu, dia akan membulat, terapung dan terbalik sendiri. lepas tu alih2 aje bg masak sekata. :)

      Delete