Sunday, September 16, 2012

Spring is here... dan meatball

Walaupun musim bunga baru saja bermula, cuaca sehari dua ni agak panas..kdg2 rasa mcm summer lah pulak. Tapi waktu pagi tetap sejuk.. mmg sedap tidur berbungkus selimut he he.. tp nak tidur apanya pukul 6.14 pagi dah terbit matahari. Subuh masuk pukul 4.53 pagi. Bangun subuh mmg tak tidur dah..kemudian tunggu untuk kejut anak bangun pagi utk ke sekolah. Cuaca elok mcm ni elok jalan kaki, baru berpeluh. Jangankan time winter, dah pakai baju sejuk jalan kaki ke sekolah tapi susah juga nak berpeluh :p

Musim nilah meriah dengan bunga-bungaan. Ada orang cakap kalau nak posing dengan wildflowers, pergilah ke utara.. apa yg sy suka time ni adalah flower show mcm kat bawah ni. Rumah2 yg ada bunga ni semuanya berseri2 bila bunga ni berkembang.. termasuklah rumah saya jauh dari seberang jalan dah boleh nampak :)


Jom layan gambar dinner kami baru2 ni. Gara2 rindu dengan meatball ikea lah ni. Meatball ni saya beli yg ready made (frozen) dan halal dari Spudshed (kedai 24 jam berdekatan Jandakot Airport). Bukan taknak buat sendiri, tp bila dah ada tu sy beli aje utk buat stok dalam fridge. Bila rasa nak makan, cuma perlu masak dalam oven sahaja. Senang kan? Kemudian beli gravy powder dari ikea. Tambah vege sikit dah jd complete meal :)

8 comments:

  1. Wildflowers di Kings Park dah tentu tersangat cantiknya di saat ini ye Umiy......rindunya kat Perth...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap bulan dpn ada wildflower festival kat kings park. nanti nak jenguk juga lah ke sana sebelum cuti sekolah ni. time cuti sekolah mesti ramai org. itu la kak, satu hari kena dtg juga jalan2 lg ke sini, ubat kerinduan kat Perth :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sya, haah kan.. kat sini ada mcm2 jenis bunga yg kita tak pernah tengok kat Msia. dah tu bunga rosnya besar2 belaka. mungkin faktor cuaca kat sinilah, anginnya sejuk mcm kat cameron :)

      Delete
  3. Umi... cantiknya bunga tu. Kalau tak salah bunga daisy ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ni bunga osteospermum (cape daisy), iaitu sejenis south african daisy :)

      Delete
  4. menu yang nampak sangat sedap dan semestinya menu sihat nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu2.. kalau duduk dekat2 boleh la ajak makan2 meatball ni :)

      Delete