Wednesday, September 4, 2013

Ayam percik dan ayam tandoori

Kedua-dua menu ayam ni dibuat baru-baru ini tapi pada hari berlainan. Tujuannya untuk menghabiskan stok ayam yang ada di rumah. Asalnya beli bahagian chicken maryland untuk buat ayam portugis, tapi tetiba teringat ayam percik pasar malam terus tukar menu.. sedap betul ayam percik ni sehingga menjilat jari :)

Resepinya saya ambil dari Myresepi iaitu di SINI.
Saya copy paste untuk rujukan akan datang.

Ayam percik pasar malam by sajiemas

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )

  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

Ayam tandoori pula saya cuma guna pes tandoori segera dalam botol yang dijual di pasaraya.
Ayam percik separuh masak dibakar

Kemudian curahkan kuah

Memang lazat sekali


Ayam diperap dengan rempah tandoori kemudian dibakar

Sayang sekali lambat masak, jadi masukkan dalam oven

Lepas keluar oven baru ayam betul-betul masak. Memang sedap sekali..  :)

9 comments:

  1. beso betuul lah akak ayam nyer tuh.... kalu mknm seketul tuh comfirm kenyang betul.... terliur nengok ayam percik tuh... dana kalu takat ayam bkr mayo pandai lah nk bt percik tuh ntah bile lah heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg beso ayam ni Dana, mkn seketul pun dah kenyang. Kat sini takde pasar malam, terpaksalah buat sendiri :p

      Wah nampak sedap betul ayam bakar mayo yg Dana buat tu. Nak minta resepi boleh? :)

      Delete
    2. boleh kak... akak boleh tgk kt link nih ek

      http://misshamakeupstore.blogspot.com/2013/06/resepi-ayam-bakar-golek-mayo.html

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap hingga menjilat jari, Normi :)

      Delete
  3. cantiknya rupa tandoori tu..saya buat tandoori tak menjadi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak menjadi tu Rai? Bakar dalam oven kan?

      Delete
  4. Replies
    1. Kalau dpt tengok depan mata dan makan sendiri lagilah.. tp apakan daya cuma dpt tunjuk gambar aje :)

      Delete