Sunday, September 8, 2013

School's Open Night & Lap-A-Thon

Minggu lepas sekolah anak-anak saya telah mengadakan Open Night iaitu malam di mana ibu bapa dijemput datang ke sekolah dari pukul 6-7 malam untuk melawat kelas anak masing-masing. Di samping melawat kelas, ibu bapa boleh melihat hasil kerja anak-anak di sekolah. Guru kelas akan bersedia di kelas masing-masing, walau bagaimanapun jika ada yang ingin berbincang lebih lanjut berkenaan kemajuan pelajar, adalah disarankan supaya membuat temujanji di waktu lain.

Program Lap-a-thon pula merupakan salah satu cara bagi sekolah mengutip sumbangan derma di samping menyokong amalan hidup sihat. Ibu bapa atau sesiapa saja boleh memilih untuk menderma dalam satu jumlah atau menderma mengikut bilangan pusingan yang dapat dibuat oleh pelajar. Contohnya saya memilih menderma $1 untuk setiap pusingan yang berjaya dibuat oleh anak saya.

Derma yang dikumpulkan akan digunakan untuk pembelian playground yang baru dan juga kelengkapan dalam kelas. Menariknya di sini setiap kelas mempunyai komputer dan sistem projector yang sangat canggih dan interactive. Oh ya, acara ini juga dibantu secara sukarela oleh ibu bapa yang berkelapangan. Memang harmoni sungguh semangat kerjasama yang ditunjukkan. Setiap kali bantuan diperlukan, tentu ada yang sanggup turun padang.

Jom tengok gambar!
Bangga tunjuk tempat duduk dalam kelas

Hasil kerja di sekolah

Meja guru

Karangan

Sekolah di sini menggalakkan tulisan sambung (cursive writing)

A jar full of bugs?

Ada puppet pula dalam kelas :)

Nota kelas

Setiap pelajar boleh menyimpan alatulis dan buku nota di dalam tray yang disediakan

Ruang kelas yang penuh dengan hasil kerja pelajar

Ini pula bilik seni

Aktiviti seni diadakan khusus di sini

Menarik :)

Hasil seni

Tulisan abang.. masih belajar untuk tulis dengan lebih baik

Dah mengantuk agaknya :p

Kelas abang

Hasil seni lagi..

Ikut kreativiti masing-masing

Lap-a-thon

Nak berlari atau berjalan pun boleh

Sumbangan berdasarkan lump sum atau terpulang berapa $ untuk satu pusingan

Jalan dengan kawan-kawan

Nak bawa botol air pun boleh

Guru dan ibu bapa pun ada yang turut serta

Kanak-kanak riang

Dua-dua dapat 14 pusingan

Berjalan dengan kawan sekelas :)

2 comments: