Wednesday, September 25, 2013

Synergy Parkland @ Kings Park

Synergy Parkland merupakan salah satu taman yang ada di Kings Park & Botanic Garden. Apa yang menariknya ialah kawasan ini sangat sesuai untuk aktiviti rekreasi seisi keluarga tambahan pula kepada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan yang sudah bersekolah. Terdapat kemudahan antaranya dapur BBQ, taman permainan, astaka untuk acara serta kafe. Paling menarik ibu bapa dapat berehat sambil memberikan peluang kepada anak-anak bermain dan meneroka bermacam kemudahan yang disediakan.

The Synergy Parkland is a recreation area for the entire family with the playground particularly suitable for children over six years. The Synergy Parkland playground areas are a smoke-free zone and no skateboards, scooters or bikes are allowed anywhere in the Parkland precinct. Parents may find play equipment at the Ivey Watson Playground within the Lotterywest Family Area is more suitable for the little ones under six years.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web INI.

Jejambat kayu yang menarik

Arthur Fairall Playground

Ada pulau di tengah kolam iaitu Lycopod Island

Dapur BBQ

Kolam di tengah-tengah kawasan

Buaya gergasi

Ini buaya pra-sejarah

Ada jambatan menuju ke pulau

Pokok kayu

Salah satu aktiviti berbentuk educational, boleh tengok telur dinosaur :)

Telur dinosaur dan budak perempuan hehe

Ni lah emak dinosaur

Jom meniti atas jambatan

Turun tangga dan naik tangga.. budak-budak dan dewasa pun boleh lalu

Ada juga jejambat yang boleh turun melalui gelongsor

Papan tanda informatif.. 

Sangat menarik

Kat tengah pulau ada binaan ni

Kafe Zamia

Luas dan selesa, sedia diterokai oleh kanak-kanak

Bumbung pun nak posing juga he he..

12 comments:

  1. Menarik ya kat sana...teringin nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik.. ada peluang datanglah ke sini :)

      Delete
  2. lain dr lain lah kak... kalu kt malaysia mana lah ada siap ada patung2 batu gitu... bgs gk ek ada dinosor, kire education pastu jd slh satu hiasan gk kan... kt situ tmn nyer tgk bersih je... mmg ada yg jaga or mmg kt sana mcmtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, taman ni memang special sikit. tempat lain pun ada playground tapi kat sini ada binatang pra-sejarah. seronok tengok budak2 memanjat sana sini, kita pun tak risau akan terjatuh sebab kalau jatuh pun atas tanah atas atas pad yang lembut tu. taman ni dan tempat2 lain mmg bersih sebab masing2 tahu membuang sampah di tempat sepatutnya. kalau ada yang buat BBQ pun akan bersihkan dapur tu sebelum balik. mmg ada pekerja yang jaga, tapi tak ada nampak berkeliaran mengutip sampah. rasanya diorang kerja ikut waktu, mungkin awal pagi sahaja supaya tak mengganggu orang ramai :)

      Delete
  3. Replies
    1. Cantik dan sejuk mata memandang, Normi :)

      Delete
  4. Tempat ni mesti baru lagi dibina. Dulu waktu saya ke sana, masih belum ada lagi taman ni. Nampak best sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh belum ada lagi masa tu? Patutlah nampak kemudahan kat sini macam baru lagi :)

      Delete
  5. cantik sgt tempat ni..kalo bawak anak2 saya ni sure dorang suke...

    ....blogwalking,jemputla datang blog saya dan kita bertukar2 link

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tempatnya cantik dan bersih. Sesuai untuk anak2 bermain dan berlari2 di depan mata :)

      Delete
  6. Ada cadangan x untuk penginapan badget?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penginapan untuk keluarga? dengan kawan?

      Delete