Agak ingat-ingat lupa resepinya, jadi saya tengok resepi di SINI. Kemudian masak ikut macam mana emak saya masak.. ikut apa yang ingat aje terutama bahan-bahannya. Memang sedap dan harum semerbak baunya, makan nasi pun siap tambah lagi :)
Sedia dihidangkan |
Bahan seperti bawang, cili, halia dan serai ni memang menyedapkan lagi menu ini :) |
Saya copy paste resepi dari Blog Kak Nor ni untuk rujukan akan datang.
IKAN MASAK CUKA
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
3 keping ikan tongkok @ boleh guna ikan tenggiri/kembung (sy guna ikan kembung)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges (sy guna bawang merah)
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili merah ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi (sy guna cili hijau)
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah ~ dipotong (sy tak letak)
1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur) (sy tak letak)
garam dan gula secukup rasa
Cara:
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.
Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.
Masakan simple org dolu dolu ni mmg unik, bila mkn rasa sedap sgt. Bkn mcm masakan moden, cepat rasa muak.
ReplyDeleteBetul tu KakNi..tambah2 bila makan tu menimbulkan nostalgia teringat apa yg kita makan zaman kanak-kanak, semuanya sedap belaka :)
Deletekecik2 dulu di kg mak suka masak ikan kembung cuka ni
ReplyDeletedah lama x buat.. tq bg idea nak masak apa ;)
Oh ye ke Irfa.. menu ni mmg sedap, kalau makan dgn nasi siap boleh bertambah lagi, kan Irfa? :)
Deletesedapnyer kak.... tp dana tak penah bt nyeh2... msk taucu pun tak penah msk kak... teruk kan
ReplyDeleteSedap ni Dana, yg penting simple hehehe.. isk k umi pun tak pernah buat masak taucu. sama la kita :)
Deletekak ni link yg ada resepi ayam mayo.... http://misshamakeupstore.blogspot.com/2013/06/resepi-ayam-bakar-golek-mayo.html
ReplyDeleteTerima kasih Dana, dah terliur ni. Nak kena beli ayam sekor lah camni. Rosemary pulak boleh pakai rosemary yg fresh kat kebun belakang rumah :D
Deletemesti nikmat bila dpt mkn. salam jumaat kak umi..!
ReplyDeleteSalam Ahad Farah.. harini baru sempat jawab salam.. lama betul, teruk kan? hihihi
DeleteMmg nikmat makan masakan mcm ni, kalau letak ayam golek sekor atau steak pun takmau dah :p
telan air liur..saya mmg suka ikan kembung..
ReplyDeleteSamalah kita, kalau goreng panas2 pun dah cukup sedap meratahnya.. :)
DeleteThanks kak umi - arwah mak pun suka masak lauk ni. Ni menggamit memori lama. Blh la buat weekend ni
ReplyDeleteSama-sama Wati.. cemana dah berjaya buat? Mesti bila makan tu terbayang arwah mak Wati.
DeleteK Umi doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Bila kita rindu, kita sedekahkan Al Fatihah kpd arwah.