Wednesday, September 11, 2013

Melville Nurseries & Rose Heritage Cafe

Selepas ke Roleystone Markets, kami bercadang untuk singgah di Melville Nurseries yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari situ. Nasib baik terperasan papan tanda sebab dah tersilap set GPS, patutnya ke Masonmill Road, tapi ter set ke Mabel Road pulak. Tapi tak mengapa sebab ada dua laluan ke sini.. dah terlepas jalan ke Melville Nurseries, masuk ke jalan satu lagi terjumpa Rose Heritage Cafe yang terletak bersebelahan di dalam kawasan yang sama.

Jom jalan-jalan sekitar kafe yang sangat cantik dan penuh dengan tulip dalam pasu. Sangat sejuk mata memandangnya. Kemudian barulah jalan-jalan tengok bunga ros di nursery. Musim ni bunga ros masih belum berkembang, jadi tak dapat bayang warna bunga. Kena tunggu berbunga dulu baru seronok lagi datang ke sini.

Address: 40 Masonmill Road, Carmel WA 6076
Nursery phone: (08) 9293 5342
Rose Heritage Cafe phone: (08) 9293 5112
Email: rosemelv@iinet.net.au
Website: http://www.melvillenurseries.com.au/
Adik posing dengan puppet burung yang dibeli di car boot sale dengan harga 50 sen :)

Siap bagi nama Carl lagi. Ntah mana datang tetiba nama tu habis semua orang kena tegur dgn Carl :p

Bunga purple plum

Kalau tengok sendiri lebih cantik

Bunga everlastings, Australian native flowers

Suasana di hadapan kafe

Pintu masuk kafe.. ada ruang yang luas di dalam dan dibahagian belakang

Ada kedai cenderahati yang kecil tapi menarik di sini

Suka tengok

Terdapat juga hasil kraf tempatan iaitu wrought iron


Single hook teapot
Oh lupa tunjuk gambar kat luar lagi.. macam duduk dalam taman kan

Seronok duduk di bangku panjang macam ni

Kek yang dijual di sini

Senarai menu

Kaunter bayaran

Jom ke bahagian belakang.. pun cantik juga

Jom duduk di meja dan kerusi wrought iron yang cantik ni

Nombor meja

Sambil minum iced chocolate

Ada yang terliur?

Boleh tengok tulip dalam pasu, banyak yang dah kembang

Turun bukit nak ke nursery sebelah, nampak kolam yang ada ikan koi

Pelbagai spesis bunga ros ditanam di sini

Bangsal jual beli

Tulip lagi

Pokok dikelaskan mengikut spesis masing-masing

Banyak rupanya spesis ros ni

Papan tanda

Pemandangan nursery yang luas.. hujung sebelah kanan ialah kafe tadi

Ros Marilyn Monroe.. tak sabar tunggu macam mana bunganya

Yang ni pula Crown Princess Mary. Ada banyak lagi pokok dengan nama selebriti

Ok jom balik... babai pokok plum, nanti boleh datang lagi :)

8 comments:

  1. Nyamannya...tengok iced chocolate tu..sedap emm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk dan nyaman.. jenuh juga nak habiskan iced chocolate tu tp mmg sedap :)

      Delete
  2. bestnyer kak... cantik betul lah hiasan kt cafe tuh.. penuh ngn bunga... bkn kata mcm duk tmn bunga tp mcm duk kt dlm ladang bunge... mau kaul pg situ takmo balik2 dh.... duk je situ berejam2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sgt Dana, rasa cam nak duduk situ lama2, baring celah pasu bunga sambil tenung tulip hehehe..tambah2 kalau kafe jual makanan halal lagilah best.

      Lepas tu pasang angan-angan teringin buka kafe kat tempat cantik macam ni.. alangkah bahagianya :)

      Delete
  3. Best nya Umi,,,, tinggal kat sana. Boleh pergi kat tempat-tempat macam tu. Tempatnya mesti jauh dari town..... kan. Suka tengok bunga-bunganya yang cantik-cantik tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat tengok acara org kat sini, tak adalah crowded sangat dan yang penting tak ada sampah sarap bertaburan hehehe.. Sebenarnya taklah jauh mana pun tapi jalan raya kat sini bukannya boleh pecut mcm kat tempat kita. Highway paling laju 110 pun kat sesetengah tempat. Dalam kawasan bandar boleh bawa kereta antara 60-80 km/j. Kalau kawasan sekolah atau tempat sibuk, cuma 40km/j.
      Berbaloi pergi jauh2 dapat tengok bunga cantik2.. rasa bahagia tgk bunga ni macam pergi cameron highlands :)

      Delete
  4. kak umiiiiiiiiiiii.. bestnya minum duduk dalam taman. Ice chocolate pun ya allah.. menggoda. nak nakkkk hehe. jgn lupa datang lagi. upload pic bunga berkembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farahhhh... hehe mmg la seronok betul minum iced choc dalam taman bunga.. sekarang ni cuaca dah start panas mmg sedap minum ais ni. Kita tunggu time bunga ros kembang, boleh shoot gambar close up bunga ros.. nk tgk juga cemana bunga ros marilyn monroe tu ;)

      Delete