Thursday, December 12, 2013

Kunjungan Tok Din pula...

Dua hari selepas makteh dan sepupu-sepupu saya balik, tokdin dan adik saya serta keluarganya pula datang menziarah. Seperti biasa sambung tugas menjadi tukang masak dan pemandu pelancong lagi. Bezanya kali ni tak semua tempat pergi sebab tokdin dah pergi sebelum ini.

Tempat pertama sampai selepas jejak Perth ialah Sunday Market haa.. Jom tengok gambar

Nota:
Mungkin ada yang tertanya2 kenapa panggil tokdin, mcm nama lelaki aje kan? sebenarnya anak-anak saya peminat siri kampung boy. Dalam cerita tu kan ada watak tokdin? Sepatutnya panggil tok (panggilan orang utara untuk nenek) tapi diorang terus sambung panggil tokdin. Lekat pulak nama tu sampai sekarang :p
Tokdin dengan adik bongsu saya dan anaknya

Geram tengok bunga hydrangea kat sini

Cantiknya warna ni

Dapat beli 2 teddy bear ni dengan harga murah sekali!

Sebelah malam buat sambutan hari lahir tokdin

Jalan-jalan ke Swan Valley, di bahagian belakang tokdin tu deretan pokok anggur

Sempat ke Mondo Nougat juga

Melihat pemandangan bandar Perth dari Kings Park

Fatihah budak comel yang sombong dengan maklong

Sempat amik gambar Kymba tengah makan rumput :p

Haa ni ok sikit

Ok jugakle taknak dgn maklong, tak payah susah2 maklong dukung.. huhuhu

6 comments:

  1. Replies
    1. Suhu maksimum Jumaat, Sabtu dan Ahad ialah 38C manakala Isnin dijangka mencecah 39C. Apabila suhu lebih dari 35C selama beberapa hari berturut-turut, maknanya Perth mengalami heat wave.

      Maklumat cuaca Perth boleh dilayari melalui laman web http://www.weatherzone.com.au/wa/perth/perth atau http://www.bom.gov.au/wa/forecasts/perth.shtml

      Delete
  2. mule2 dana ingat tok din tu lelaki rupenyer perempuan yek kak... naper panggil tok din?

    msti seronok sedara mara dtg ke sana kan kak.... bwk jln2 pusing perth lah ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada k umi explain kat atas post tu kenapa panggil tok din ;)

      Mmg best bawa sedara mara jalan2 pusing sini. Bg diorang seronok tgk suasana kat negara orang :)

      Delete
  3. Assalamualaikum.
    Apa khabar Kak Umi? Mohon maaf sebab dah lama tak singgah blog akak.

    Tentu seronok bila ada saudara-mara yang datang menziarah.. Kak Umi tentu gembira sangat dan masak masakan yang sedap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Nur,
      Lama tak nampak, harap Nur sihat2 hendaknya ya.

      K umi pun sibuk seminggu dua ni menerima tetamu. Mmg seronok sangat bila penuh rumah ni tapi tak sempat masak sedap2 sangat sebab sibuk bawa berjalan je. Hehehe :)

      Delete