Monday, December 30, 2013

Makan-makan di INSAN'S CAFE, Murray Street

Sudah lama rasanya tak makan di Insan's Cafe.. rupa-rupanya kafe ni dah bertukar pemilik. Pemilik baru mengekalkan menu dan resepi terdahulu dan paling saya suka kali ini adalah portion makanan yang banyak dan sangat berbaloi dengan harga. Selain menu nasi campur, saya juga telah mencuba menu goreng-goreng iaitu nasi goreng ayam dan mi bandung. Memang sedap sekali..

Kalau jalan-jalan ke bandar Perth jangan lupa singgah makan di sini!


Post terdahulu tentang Insan's Cafe boleh dilihat di SINI.
Alamat:
113-115 Murray St, Perth, WA 6000, Australia
Tel: (08) 9218 9062
Gambar dari album lama
Budak-budak suka makan di sini sambil melihat keluar kafe

Anak saudara saya yang bernama Fatihah :)

Tokdin :)

Adik suka makan nasi dengan menu kambing

Nasi goreng kampung

Sedap sekali tambahan pula ada sambal

Bahagian dalam kafe

Nasi goreng ayam lengkap dengan sup dan sambal

Mi bandung.. 

Sedap dan tak mengecewakan.. sesuai dengan citarasa saya :)


15 comments:

  1. As salam, amboi....tokdin !!! Dah berapa Kali pi over sea noo...!! Kelas gitu tokdin noo.
    Tok din tak bawak sayuq keladi ka pi perth....utk cik umi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cik Mona,
      Haa tu la Tokdin kemain lagi, cuti2 obersea tauuu hehehe..

      Tokdin tak bawak sayuq keladi pun, kempunan dah ni. kat kampung dah takdak pokok keladi, rumah Cik Mona ada ka pokok keladi? :)

      Delete
  2. terubat lah rindu ngn makanan kt malaysia yek kak... nengok ns grg nyer yg siap ngn sambal tuh mmg mabeles...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini ada banyak jugak kedai yg jual makanan malaysia tu yang kadang2 tak rasa macam duduk luar negara pun Dana hehehe..

      Pegi kedai pun order cakap melayu, beli daging, kedai runcit pun cakap melayu jugak hihi

      Delete
  3. Selamat tahun baru kak Umi & keluarga
    Wahh,insan cafe bertukar owner lg kak Umi?portion byk yg best dgr tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru Hannani.. wah sekejap je dah tahun baru dan tak lama lagi Hannani akan ke sini. Yeayy! Cemana dah dapat homestay kan?

      Itulah makanan kat sini mmg portion besar baru puas hati makan kenyang2 :)

      Delete
    2. Kan..kejap je rasa..nebes nebes..dupdapdupdap..homestay da dpt,alhamdulillah:)

      Delete
    3. Itulah, nak tinggal lama sini tentu rasa nebes. Insyaa Allah semoga dimudahkan urusan nanti. At least Hannani dah biasa dengan Perth ni.. Perghh hehe

      Delete
  4. Salam..selalu baca blog ni..hati teruja nak ke perth..insyaallah bln may ni.Saya nak tyn umi sbb saya saya dah book motorhome cuma tak pasti lagi ttg route nak bergerak dan lokasi mana yg sesuai utk park motorhome saya nanti..Kalau umi tak keberatan utk bagi cadangan saya sangat bersyukur.jenuh dah goggle ni.Terima kasih ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..Oh dah book motorhome ya. Bolehlah jalan2 ke Margaret River dan Albany. Biasanya motorhome ni parking ni kawasan2 caravan park. Ada banyak caravan park di sini.

      Selain dari tu boleh tanya tempat di mana menyewa motorhome tu biasanya diorang sangat membantu.

      Delete
    2. T.kasih umi..tulah rancangannya..ni terpikat sgn byk cerita menarik kat blog umi ttg perth. ..

      Delete
    3. Sama2.. terima kasih sudi baca blog umi. Harap2 info kat sini dapat membantu sedikit sebanyak. Umi kongsi mana yang tahu sajalah, banyak juga tempat tak sempat nak cover dan tak sampai lagi :)

      Delete
  5. Salam. Cuba visit www.mahiraholidayhomes.com

    Holiday homes kepunyaan org islam malaysia.mereka ada car rental. Boleh call 0123360098

    Saya da try 2x. Memang servis terbaikkk dan penginapan yg sgt selesa dan bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Traveller,
      Mcm nak iklankan holiday homes kepunyaan sendiri aje. Nak iklan boleh tapi jangan sampai spam di blog saya ya. Lagipun dah letak link ke Mahiraholidayhomes di sebelah kanan blog saya.

      Please stop spamming.

      Delete
  6. I have a mission that I’m just now working on, and I have been at the look out for such information Perth Cafe

    ReplyDelete