Monday, December 23, 2013

Roti Jala - Resepi dan Acuan

Saya letakkan resepi roti jala yang dibuat sempena jamuan di sekolah minggu lepas untuk rujukan di masa akan datang. Resepi asal saya ambil dari DAPUR MALAYSIA.COM. Saya pilih resepi ni sebab nampak rotinya lembut dan sedap. Tapi seperti biasa saya sesuaikan adunan supaya senang untuk dijala nanti.

Adunan roti jala (sesuai untuk hidangan 10-12 orang)
800gm tepung gandum
3 biji telur
6 cawan air
sedikit garam
sedikit kunyit sebagai pewarna
Sedikit minyak dan daun pandan disimpul

Cara: 
Bancuh adunan sehingga sebati dan tiada ketulan. Tidak begitu pekat atau cair dan senang untuk dipicit melalui botol. Isi adunan dalam 2 biji botol sekaligus supaya senang bila satu botol habis, ada satu lagi botol untuk digunakan.
Panaskan kuali leper, sapu minyak menggunakan daun pandan yang disimpul. 'Jala' menggunakan botol. Jika terlalu kering, boleh sapukan minyak menggunakan daun pandan. Bila sudah masak (tiada kesan tepung), angkat roti jala, lipat dan gulung.

Acuan yang saya gunakan pula ialah botol mayonis 3 muncung. Mula-mula saya tengok acuan ni digunakan oleh Chik Mi. Sejak gunakan acuan ni, saya dah tak gunakan acuan tradisi lagi sebab guna botol ni sangat cepat dan praktikal. Kurang sangat kesan-kesan tepung menitis atas kuali atau dapur. :)
Roti jala yang saya buat
Botol mayonis 3 muncung

Boleh beli di Daiso atau boleh juga order melalui Chik Mi ya :)


7 comments:

  1. Replies
    1. Guna daun pisang? Menarik sekali bunyinya. Daun pisang bentukkan mcm corong ke?

      Delete
  2. dana sampai skrg tak penah lg try bt roti jala hehehe asik menjala kt kedai je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kalau boleh beli kat kedai lagi senang kan. Tp anak k umi ni mmg hantu roti jala, tak menang nak beli. Kat sini lagila jarang2 boleh jumpa kecuali masa jamuan/pasar malam. Nak tak nak buat sendiri la nampaknya.

      Rajin2 try la Dana, guna acuan ni senang sgt. :)

      Delete
  3. masa kat tassie dulu, saya pakai botol sos je, lubang satu, jenuh nak buat, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lagi hebat tu Zul. Mesti kena buat banyak 'pusingan' baru dapat siapkan satu jala :)

      Delete
  4. wife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap

    ReplyDelete