Sunday, December 29, 2013

Terima kunjungan kawan :)

Hari Khamis lepas kami telah menerima kunjungan kawan yang selama ini dikenali melalui blog iaitu Kelly Walther yang datang bersama Kak Hally dan anak-anak. Pertama kali saya dapat bertemu dengan Kelly yang datang bercuti ke sini.. Kelly ni sangat ramah orangnya, seronok sekali dapat sembang ramai-ramai terutama bila ada Kak Hally yang begitu pekat dengan loghat Perak. Anak-anak Kak Hally pun cantik dan berbudi bahasa. Saya cuma sempat masak yang ringkas saja iaitu nasi ayam perghh beserta dessert kek epal dan brownies. Lupa pula ambil gambar brownies. Untuk resepi boleh klik KEK EPAL atau BROWNIES.

Suka sangat tengok Esah dan Jah makan nasi ayam sampai bertambah-tambah. Esah banyak betul makan sambal cili nasi ayam sebab tak pedas langsung! Hehehe

p/s: Esah dan Jah adalah nama timangan yang kami beri :)

Resepi Nasi Ayam (saya rujuk dari blog Kak Azie Kitchen dan tambah/sesuaikan mengikut citarasa saya)

Rebusan/Stok Ayam
Ayam
Bawang putih
Halia
Sedikit garam

Rebus ayam dengan bawang putih, halia dan sedikit garam sehingga mendidih dan ayam empuk.
Keluarkan ayam dan sejukkan seketika di dalam bekas

Perapan ayam
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Madu

Lumur ayam dengan bahan perapan. Simpan ayam di dalam peti sejuk selama kira-kira satu jam atau lebih. Lebih lama lebih bagus.

Nasi ayam
5-7 cawan beras dibasuh dan disejat
Sedikit mentega
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Daun pandan disimpul
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna

Panaskan mentega, tumis bahan diatas (kecuali serbuk kunyit) sehingga wangi. Masukkan beras. Masukkan separuh dari air rebusan ayam di atas. Tambah air sekiranya belum cukup. Masukkan serbuk kunyit dan kacau sehingga larut. Masak seperti biasa dalam rice cooker.

Sup Ayam
Air rebusan ditambah sedikit air
Cengkih
Pelaga
Bunga lawang
kulit kayu manis
Bawang putih
Karot
Sedikit kobis
1 ketul kiub ayam
garam secukup rasa


Sambal cili
Cili merah
Bawang putih
gula
garam
cuka
Blendkan semua bahan dan pastikan secukup rasa

Sambal kicap
Kicap manis
Cabai melaka
garam
gula
Blendkan semua bahan dan pastikan secukup rasa

Selamat datang ke rumah :)

Hidangan yang ringkas aje

Salad mesti ada

Ayam

Sup istimewa

Masa untuk silakan tetamu duduk

Pencuci mulut iaitu kek epal yang dimakan bersama double cream

8 comments:

  1. seronok nyer kwn2 dtg n dpt hidangkan makanan malaysia... kak hatty tuh org malaysia ke kak? n kelly tu org malaysia or org sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok Dana sbb bukan selalu boleh jumpa walaupun duduk di sini.

      Dua2 orang Msia dan kawin mat saleh. Kak Hally duduk sini, Kelly duduk Msia dan datang jalan2 ke Perth.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih Normi, nasi ayam biasa2 aje hihihi :)

      Delete
  3. As salam, cik umi..nanti chek pon nak pi jln2 Kat umah hampa jugak naa..
    Bulih masak nasik ayam lagu jugak...tapi bubuh CABAI melaka banyak tau..biaq pedaihh
    Sampai berasap...baru lega..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cik Mona.. mai la nanti jgn lupa bawak buah tangan dari Penang nooo. belacan jgn lupa tauu

      Amboi kuat makan cabai melaka jangan risau cabai sini pedaihh2 tak payah boh cabai melaka, cabai idup depa pun berasap tau.. haa :)

      Delete
    2. As salam, cik umi...nak bawak belacan ka....ikan kerinnn ka. Chek no hal...bulih bawak tapi chek takut kena perambat dgn en. Kastam Kat sana....mampoihh...
      Chek....dok keriaauuu!!!

      Delete
    3. Wsalam Cik Mona.. isk awat pulak depa nak perambat.. ntah2 depa mintak sikit. bukan senang nak dapat cheese dari tempat kita tuuu hehe..

      isk jangan risau pasai belacan ada besaq penumbuk lagi, lagipun tokdin baru saja bawak mai ikan kering baru ni. takat Cik Mona nak makan nasi dengan ikan kering atau ikan bilis tu tak dak masalah lahh :)

      Delete