Kalau tak ke Farmers Market di Manning Road, saya suka ke Limes di Myaree ni kerana ada kedai sayur dan buah yang dibuka setiap hari. Hari Sabtu adalah hari paling sesuai ke sini kerana kedai seafood iaitu Kaili's akan menjual makanan laut segar dengan harga yang murah pada setiap hari Sabtu. Perlu datang awal kerana seafood seperti sotong cepat habis.. dan saya dapati harga udang pun sangat murah berbanding pasaraya biasa. Entry terdahulu boleh tengok di SINI.
Pintu masuk |
Buah-buahan |
Tersusun kemas |
Butternut pumpkin |
Mangga dan nectarines hampir sama besar |
Bahagian sayur segar |
Bawang, kentang dan sebagainya |
Ikan |
Kemas dan bersih susunannya |
Ramai juga pelanggan yang datang |
Kepala ikan |
Ketam dari Mandurah |
Ketam yang dah masak pun ada |
Geram tengok.. rindu nak crabbing |
Mussels |
Oyster @ tiram..boleh cuba makan mentah. Sos disediakan :) |
Snapper |
Sotong yang sangat murah cuma $11/kg |
wah segarnya...:)
ReplyDeleteMemang segar2 sekali Normi, tambahan pula sayur hijau jarang jumpa yang layu. :)
Deletesalam umi.. betul ke umi, perth adalah kota yg plg mahal kos sara hidupnye.. ?
ReplyDeleteWsalam.. ya tepat sekali Perth antara bandar dengan sara hidup tertinggi di dunia.. iaitu di tangga ke 11.. hari2 makan ikan bilis goreng je ni :)
Deleteawesome nyer kak.. sume tersusun cantik kemas je... nmpak sgt lah fresh2... butternut pumpkin tuh rasa dia sama mcm labu kite ke kak? ke camne? ce cite skit.... kadang nampak tp nk beli tkt tak reti nk msk cmane kan...
ReplyDeletedia nyer ikan mcm2 ada... kepala ikan tu mahai tak kak... bestnyer kalu dpt bt kari tuh... nmpak fresh sgt seafood dia
Haha tak pernah lagi masak sampai sekarang. Ingat nak beli masa tu tapi fikirkan nak masak apa ya lepas tu tak ambik2. Lenkali nampak je kena sapu terus lah. nak try masak serawa labu. takpun buat roast.
DeleteKepala ikan tu dulu tak ada nilai, sekarang ni dah ada orang yg beli terus ada harga, kalau tak silap dalam $4/kg :)
Kak Umi suka makan osyter mentah tu?Dah pernah cuba sekali tp terus trauma rasa.Hihihihi!
ReplyDeleteOyster mentah? uu idaklah.. tp dgr org kata sedap mkn letak sos, lemon ke.. tp yg masak pun k umi tk mkn haha tp sgt kagum tengok org makan. nampak mcm sedap :)
Delete