Thursday, February 13, 2014

Crabbing in Summer 2014

Musim yang paling ditunggu-tunggu untuk crabbing. Yeayyy!!

Tahun ni musim panas rasa panas dari biasa, dengan heatwave nya.. tapi aktiviti ni tetap diteruskan. Bila lagi nak makan ketam segar dari ladang laut kan?  Alhamdulillah murah rezeki, kalau rajin berusaha Insyaa Allah ada rezeki untuk kita. Jom tengok gambar!
Dengarnya kat Heron Point ni banyak ketam
Ambil masa lebih dari satu jam ke sini dan lalu jalan tak berturap

Cantiknya tempat ni.. ada tempat camping dan boating juga di sini

Sedap mata memandang

Air laut pasang berkumpul menjadi kolam di sebelah sini

Abang bersemangat nak turun dalam air

Samalah dengan adik

Tapi akhirnya berpatah balik sebab tak berani he he he

Tunggu kat sini aje la..  Tapi tak duduk lama pun - ketam dah sembunyi bila hari makin panas agaknya



Jom ke Mandurah pula

Tunggu kat sini pula. Alang-alang dah datang jauh-jauh ni

Air surut dr biasa waktu ni. Kat sini airnya cetek sampai ke tengah

Hasilnya selepas 2 jam. Alhamdulillah.. :)



4 comments:

  1. kawan saya yg 1st time crabbing kat perth, balik kena saman, sebab ambil yg kecik, haha, kesian dia masa baru dtg perth

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Zul, memang ada rangers yang meronda dan kadang2 tu siap menyamar mcm pegi crabbing juga. Bezanya diorang cuma bawa scoop net dan tak bawa bekas untuk letak ketam.

      Ada juga kawan-kawan yang kat sini dapat surat amaran sebab tangkap ketam tak cukup saiz. Alhamdulillah setakat ni tak terserempak pulak, lagipun memang cuba sebaik mungkin tangkap yang ikut saiz atau lebih besar. Ye la sayang duit kalau tak pasal2 kena saman.. :D

      Delete
  2. bestnya.. besar besar jugak ketamnya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak besar juga ketamnya, lagipun cuma ketam yang bersaiz 127mm dan lebih (diukur dari hujung ke hujung kulitnya yang tajam) boleh diambil. Ketam yg membawa telur pun tak boleh :)

      Delete