Apa yang paling saya suka tentang barang terpakai di sini ialah mudahnya mendapat/membeli barang yang rata-ratanya sangat elok. Selain dari
Sunday Market/Rotary Market, barang terpakai boleh didapati dari
garage sale, Op Shop (kedai barang terpakai seperti
Salvos, Good Sammy dan lain2), dari tepi jalan (juga dipanggil
verge collection iaitu semasa pembuangan barangan perabot dan barang elektrik yang tidak diperlukan lagi) dan juga melalui iklan di internet.
Barang yang dibuang di tepi jalan atau dihalaman rumah berhampiran jalan boleh diambil secara percuma sahaja. Walaupun biasanya kadangkala seperti agak lusuh atau berkarat, jika anda bernasib baik masih boleh dapatkan yang elok dan masih berfungsi. Contohnya basikal, barang elektrik seperti kipas angin dan
heater serta perabot. Seronok bukan?
Perabot ikea di bawah saya beli melalui internet. Harganya adalah sangat murah berbanding yang baru dan hampir tiada kesan telah digunakan. Saya berkenan dengan
side table macam di bawah ni, rasanya macam pernah tengok.. rupanya memang ada di
HOMESTAY di Busselton.
|
Cantik kan? Baru dapat satu, kena cari lagi satu baru lengkap sepasang :) |
|
Ikea Hemnes bedside table |
|
Lacinya bersih dan nampak baru cuma ada kesan watermark sedikit atau mungkin kesan tapak lampu di permukaan meja |
|
Stornas buffet.. ni gambar hiasan, buffet yang sy beli dah kena isi barang. Mmg nampak baru macam ni :) |
Salam Umi..mmg nampak cam baru walaupon brgan trpakai...
ReplyDeleteWsalam Kak Atie,
DeleteBetul kan Kak Atie, kadang2 macam tak percaya pula yang ni barang terpakai. Nampak baru macam tak digunakan lagi :)
cantik walaupon seconnd hand...katik bilik cik nor pn barang terpakai gak..dari singapore..:)
ReplyDeleteWah katil cik nor datang dari jauh tu.. dari singapore lagi. Ada sejarah, menarik tuu. :)
DeleteAs salam Kak Umi...ohhhh lawanya katil 😍
ReplyDeleteWsalam Hannani,
DeleteLawa kan katil tu, kalau jumpa mana2 mmg harus rembat ni hahaha..
tak tahu nak cara brg terpakai yg elok dimana...
ReplyDeleteTunggu sy buat garage sale nanti. Tapi taktau bila tu hihihi..
Deletefree ke..igtkan carbootsale..syes cantik dan elok lagi brgnye..berbaloi2!
ReplyDeletePerabot kat atas dibeli, bukan free.. tapi berbaloi sangat sebab sangat elok lagi. Jimat tak payah beli yang baru ;)
Deletetak nampak mcm terpakai pun kak... msh lawo sgt2...
ReplyDeleteHaah kan Dana, rasa cam tak caye je ni barang terpakai hihihi
Deletecantiknya umi...bestnya disana ada jualan mcm tu.....yg penting pandai hias sama tu....kalau dlm rm agak2 berapa ye...
ReplyDeleteHaah barang sini cantik2 dan susah nak dapat kat tmpt kita. kalau boleh nak hangkut semua bawa balik. hiasan depa ringkas saja, tp kemas.
Deletekalau dlm RM pun masih murah berbanding beli yg baru ;)
katil + side table + lampu tu sgt cantik... rumah kat sana sempit pon cantik haha
ReplyDeleteHaah cantik menawan sekali. Betul walaupun sempit tetap cantik. Ni cuma rumah sewa jadi diorang letak hiasan ringkas tetapi lengkap dan ada attention to detail, sampaikan kotak tisu pun disediakan :)
Deleteumi....nekcik tiap tiap minggu pgi ikea..section as is basis..mcm mcm dapat...display unit atau discontinue dapatla murah
ReplyDeletesemalam dpt comforter set king size rm20..discontinue..suker sangat
perabut nekcik semua dpt kat as is basis!!
berbaloi baloi
Waa bestnyee.. umi pun pernah juga ke as is section, tapi sejak dok sini dah tinggal dah tebiat tu kahkah.. kat sini ada gak ikea tp taknak pegi sbb nanti teringat makanan dia. sedihh huhuhu
DeleteUntung la nekcik dpt beli yg murah2 tu nanti pegi ikea lagi tolong mkn sedap2 utk umi ok ;)
sy dan suami pun suka barang terpakai. kt rumah kami sofa dan tv adalah brg terpakai. smpai skrg msh elok dan cantik. sbb brg terpakai ni walaupun sudah terpakai tp biasanya berkualiti tinggi..
ReplyDeleteBetul tu.. setuju 😊
Delete