Sunday, March 2, 2014

Sup ekor dan choc bundt cake for birthday girl

Jom tengok menu ringkas kali ini iaitu sup ekor.. atau orang sini panggil sup buntut :) Biasanya kalau tiada idea nak masak mesti teringat nak buat sup, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tak kiralah sup tulang, daging atau ayam, atau sup ekor macam ni. Anak-anak pun berselera makan nasi kalau ada kuah sup, atau boleh juga buat mi/bihun sup.

Kek coklat pula saya buat untuk sambutan hari lahir anak perempuan kakak yang menjadi kenalan baik kami sekeluarga di sini.. Resepi kek boleh dilihat di SINI dan kali ini saya masukkan kacang walnut. ;)
Sup ekor yang sempoi aje

Kek bundt coklat dengan kacang walnut

2 comments:

  1. mmg nmpak sedap bebeno sup ekor tuh kak... kalu org johor msti mkn ngn sambal kicap...pedas terangkat hehehe... bundt kek tuh pun mengiurkan... nama ek nama dia bundt kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul tu Dana.. memang sedap makan dgn sambal kicap. Kak Umi pun sukee hehe..

      Kek tu nama bundt cake sempena nama acuannya iaitu bundt pan. Acuan bundt ni yang ada corong kat tengah tu.. bentuk bulat mcm cincin :)

      Delete