Sunday, March 30, 2014

Sarapan dan jalan-jalan pagi Sabtu

Rasanya tak banyak pilihan tempat untuk sarapan halal di Perth ni. Kafe Rasa Sayang ni pun buka seawal jam 10.00 pagi. Memandangkan dah lama tak makan roti canai handmade (tak dikira roti pratha segera yang sejuk beku tu memang senang dapat) dan teh tarik, kami terus menuju ke sini dan menjadi pelanggan pertama.. tolong buka kedai he he :)

Seperkara lagi kalau nak makan nasi pun boleh sebab sekitar jam 11 pagi tu banyak lauk tengahari yang sudah tersedia.

Selepas makan kami ke pusat beli belah tak jauh dari situ kerana dengarnya ada 1 day sale! Tak banyak yang menarik, tapi saya ada beli fairy floss maker untuk anak-anak dan memandangkan ada yang bertanya, saya akan buka untuk tempahan satu masa nanti.

Jom layan gambar...

P/s: Pada yang bertanya tentang donut maker, saya dah cari dekat beberapa kedai tapi tiada. Tak mengapa, saya akan cari lagi.
Sampai awal dan tunggu 5 minit untuk diorang susun kerusi

mi goreng

Roti telur

Teh tarik


Adik yang sangat sporting, abang sempat photobomb

Bergambar aje hehehe

Adik jumpa telur easter coklat paling besar kat sini

Amacam ada gaya tak? Comel betul beg dan cekak easter ni. 



7 comments:

  1. Salam Kak umi,
    Seronok yer dapat sesekali keluar breakfast kat luar.Haish!Saya kalau ikut plan May nnt sebulan berada di perth.Harap dpt bertemu mata dgn kak umi.Cuma tak confirm lagi la : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Haah seronok sangat sekali sekala breakfast kat luar, tu pun hujung minggu aje. Oh nak datang ke sini ke, best tu.. Insyaa Allah boleh aje kalau nak jumpa. Kalau jadik, bgtau yer. :)

      Delete
  2. walaupun nampak simple mee grg tu tp bt dana telan liur berkali2... mmg spoting adik bile pakai cekak tuh.. comei banget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih hebat juga penangan mee goreng tu kan. Dana tengok aje dah terliur hehe..

      Adik mmg sporting bab2 bergaya ni. Lagi satu dia suka buat lawak :)

      Delete
  3. salam Umi...boleh order barang dkt Umi ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak..
      Boleh, tapi mungkin dpt lambat sikit..dekat2 hujung tahun. Kalau tak kisah ok je hehehe

      Delete