Seronoknya bila ternampak kurma cina ni dijual di kedai
oriental.. walaupun harganya agak mahal iaitu lebih kurang $17++ sekilo, saya beli juga beberapa biji sekadar untuk makan segera. Mungkin lepas ni boleh cari lagi kat tempat yang jual lebih murah, dan borong sekilo dua. Apa yang paling saya suka ialah rasanya yang manis dan rangup.
Menurut kawan saya, orang cina suka gunakan kurma ini untuk buat sup herba atau ayam. Dan jika direnehkan di dalam air baik untuk merawat masalah tekanan darah rendah iaitu dengan menguatkan sel darah merah.
|
Kurma cina bentuk bulat, ada juga yang jenis bujur. Sedia untuk dimakan :) |
|
Bahagian dalam, ada biji. Gambar dari tahun lepas |
|
Ini pun harga dari tahun lepas.. harap-harap harganya kekal atau lebih murah |
|
Kurma cina yang telah dikeringkan dan boleh dibuat sup/renehkan dalam air. |
first time dgr nama kurma cina..:)
ReplyDeleteOoo ye ke Normi? :)
Deleteyg kering mcm pernah tgok.
ReplyDeleteHaah..yang kering ada dijual di pasaraya :)
Deletedana 1st time nampak dlm bentuk sebelum kecut... ingatkn sebijik cam kurma biasa tuh
ReplyDeleteNama je kurma, tapi masa fresh tak macam kurma pun. mungkin sbb bila dah kering nampak mcm kurma kot, Dana? :)
DeleteSalam Kak Umi,
ReplyDeleteLama xtgl komen kat sini..apa kaba?hehehehe..
Kak Umi,buah ni rasa mcm buah pear x?ke lagi sedap
Salam Hannani,
DeleteKhabar baik, Alhamdulillah.. cemana rasanya di tempat baru? hihihi
Buah ni lebih sedap dari pear dan epal. kalau sekali hadap mau habis dekat sekilo mkn sorang2 :p