Antara aktiviti lain selain mandi-manda dan berbasikal ialah rock climbing dan bungee jumping. Bayaran adalah dikenakan untuk aktiviti ini. Selain itu kami turut ke Visitor Centre yang terletak betul-betul di hadapan jeti ini. Jika anda melawat ke sini jangan lupa singgah di mana-mana visitor centre kerana di samping menyediakan peta dan memberi maklumat kepada pengunjung, cenderahati yang menarik turut dijual di situ.
Menariknya Visitor Centre terletak di bahagian bawah rumah api lama. Pengunjung yang berminat boleh naik ke menara rumah api dengan bayaran serendah $2 (kanak-kanak adalah percuma) dan anda boleh melihat pemandangan menarik dari rumah api tersebut.
Are you ready? |
Tengoklah suasana di sini yang agak meriah |
Jom masuk visitor centre.. ada jualan buku |
Produk tempatan |
Pottery |
Aneka jem |
Lukisan pemandangan di sini |
Cenderahati |
Tea towel yang menarik |
Brosue maklumat penginapan di daerah sekitar |
Sila ambil.. percuma sahaja |
Jika ada masa sila ke Cape Lavender makan skon :) |
Banyak betul brosur |
Menarik juga ni |
Poskad dan fridge magnet jangan lupa |
Oh lupa tunjuk gambar rock climbing |
Abang berjaya sampai ke atas tapi adik dah gayat :p |
Ni la bungee jumping. Bukan dari jambatan tu |
Ok jom naik rumah api |
Murah aje bayarannya |
Pemandangan dari menara.. sangat berbaloi |
Taklah tinggi sangat, tapi kalau kurang stamina memang termengah-mengah |
Kawasan untuk mandi manda |
Bandar Busselton |
Ok dah kutip mana yang patut, jom ke tempat lain pulak :) |
cantik betul pemandangan... tp tang kene panjat memanjat nih mmg tak la hheheh...
ReplyDeletetempat mandi dia pun dh di sekat jd mcm swiming pool ek kak...
Haah memang cantik pemandangan kat sini, airnya jernih dan tak berombak kuat, sesuai untuk mandi manda. Diorang sekat tu untuk tujuan keselamatan juga rasanya. Maklumlah kat sini pun banyak ikan jerung he he he..
DeleteTu aa ingatkan malas nak panjat rumah api, tapi kalau tak naik entah bila.. jadi gagahkan juga, sebagai eksesais :)