Sunday, May 25, 2014

School camp

Minggu lepas kelas anak saya dari Year 7 dan kelas Year 6 telah mengikuti program kem sekolah di Bridgetown yang terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari sini. Rombongan bertolak hari Isnin dan kembali ke sekolah pada hari Jumaat.

Pertama kali hantar anak ke kem macam ni, nasib baik 5 hari aje. Risau juga apa lah yang dia makan dan sebagainya, boleh ke berjauhan dengan keluarga? Tengok-tengok balik seronok aje dia. Maunya tak seronok, ada aktiviti seperti berbasikal dan kayak. Bab makan pun tak susah, siap makan lamb chop lagi dan buah-buahan, padahal dia ni memang cerewet bab makan ni. Oh ya, sebelum pergi memang dah minta pihak sekolah sediakan makanan halal. Saya bagi juga kamera untuk dia rakam gambar sepanjang berada di sana.



Bersama kawan-kawan sebelum memulakan perjalanan
Salah seorang kawan baiknya
Ni waktu dah pulang dari sana. Penat tapi ceria

Sempat singgah Apple Fun Park di Donnybrook

Dorm dan katil yang disediakan. Diorang duduk berempat.. memang kawan baik

Buku program yang comel

Melawat ladang agaknya

Siap naik belakang kenderaan ute. Eh eh gambar budak perempuan pulak yer :p

Ambik gambar lembu pun dari jauh :p

Suasana di sekitar kem agaknya

Berkumpul keliling unggun api sambil bakar marshmallow?

Santai aje

Ni kawan baiknya

Melawat ke Lucieville. Boleh tengok website kat SINI.

Peminat jentera ni je la kejenye

Papan tanda pun dia ambil gambar. Baguss

Ladang lembu dan kambing

Dua orang kawannya

Sempat lagi singgah Bunbury


8 comments:

  1. Wah seronoknya si abang pergi camp.Pandai dia snap gambar yg penting2.I mean yg boleh tinggal memory bila kita bukak balik album nantikan.So tak lupa la mana tempat yg dah pernah pergikan : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Fi, kita ingatkan dia homesick ke apa. Rupanya happy saja dapat lepak dengan kawan-kawan.

      Tak sangka pandai juga ambil gambar. Lepas ni bolehlah bagi dia chance ambil gambar lagi :)

      Delete
  2. mcm2 tempat dia pegi n singgah ye. amik gambar lembu takde amik gambar memerah susu lembu ke? takde acara petik2 buah ke?heheheh itu kalu dana msti teruja sgt
    boleh tahan tebal rambut si abg yek kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Dana, siap ada aktiviti perah susu lembu lagi. Abang ni mana mau dekat2 dengan lembu ke apa.. mesti dia tak join, agak penakut dan penggeli. Budak bandar lah katakan. tak ada pulak acara petik buah, sayur ke kalau tak lagi best.

      Rambut dia tu mmg tebal, tak sempat nak potong. Kalau kembang jadi macam berus lepas tu k umi usik dia nama bruce hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Seronok sangat Normi, ada camp macam ni k umi pun teringin nak pegi jugak :)

      Delete
  4. Anak akak pun year 7 tahun ni. Tahun lepas pun ada kem. Siap bayar semua. Tp last2 dia cancel sbb nak ikut akak bercuti ke Busselton. Notti dia. Dia siap survey n google tmpt camp tu n bandingkan ngan Aqua Busselton tmpt yg kitaorg nak tinggal. Terus cancel n nak ikut mummy dia. Memula sebelum plan nak ke Busselton mmg dia nak sgt ke camp. Akak memain kata nak ikut dia, siap dia kata mummy tak boleh ikut. Tp bila tgk Aqua ada private pool semua, barangkalinya bila dibandingkan bila tidur dlm khemah, mandi ramai2 dlm public shower terfikir jugak lah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebayalah diorang macam tu. Wah bukannya murah dah bayar semua tu tapi mesti la jeles tengok mummy bercuti tempat lebih best kan. Menarik juga Aqua Busselton tu kalau ada private pool. Umi pun suka sangat ke Busselton. Cantik dan rasa tenang aje kat sana.

      Eh kem diorang tidur dalam khemah ke? Ingatkan duduk dalam dorm. Betul susah bab2 mandi ni. Hehehehe

      Delete