Tuesday, November 11, 2014

Canning Bridge Auto Lodge (motel)

Entry kali ini ialah tentang tempat penginapan kami selama beberapa hari di Perth. Memandangkan saudara mara saya pernah menginap di sini sewaktu melawat kami tahun lepas, saya telah memilih tempat ini kerana agak tertarik dengan keselesaan dan kemudahan yang ditawarkan. Namun begitu harganya boleh tahan juga, ikutkan ada tempat yang lebih murah contohnya homestay dan budget apartment tapi memandangkan ingin berada di kawasan yang agak familiar, kami menuju ke sini.

Cara menempah penginapan di sini sangat mudah. Anda perlu bertanya jika ada bilik yang kosong dan berapa kadar satu malam untuk tarikh yang anda ingini. Jika setuju, anda diminta untuk memberikan maklumat seperti nama, alamat dan no telefon. Waktu check in adalah selepas pukul 2 petang dan check out adalah sebelum 10.00 pagi. Bayaran perlu dibuat semasa check out.

Terdapat kemudahan kolam renang dan coin operated laundry untuk kegunaan penghuni. Wi-fi adalah berbayar dengan kadar $5 sehari. Sebelum check out, anda cuma perlu pastikan pinggan mangkuk di basuh dan disimpan dengan elok. Kalau tinggal di homestay, biasanya anda perlu membawa sampah keluar dan membuangnya di tempat disediakan.

Motel ini terletak kira-kira 10 minit berkereta dari bandar. Terletak di tepi Canning highway iaitu dalam laluan bas ke Fremantle. Anda juga boleh berjalan kaki ke stesen bas dan tren yang terletak kira-kira 1 kilometer dari motel.

Laman web motel boleh dilayari di:
http://www.canningbridgeautolodge.com.au/

Maklumat bilik adalah seperti di bawah atau boleh klik http://www.canningbridgeautolodge.com.au/rooms.shtml


The Canning Bridge Auto Lodge has 45 rooms and apartments fully serviced ranging in price between $130.00-$250.00, including our luxurious spa rooms. Check in time is 2.00pm and check out time is 10am the following day.

ROOMS
STANDARD MOTEL UNIT $130
Situated on the ground floor, the Budget Motel Unit contains a double bed, bathroom, tea and coffee facilities, toaster and bar fridge.

STANDARD MOTEL UNIT WITH KITCHEN   $165 
Also on the ground floor, this room contains a queen size bed, bathroom, and fully self-contained kitchen (appliances, tea & coffee facilities, stove and microwave – no oven)

ONE BEDROOM APARTMENT
$190 = 2 GUESTS
$210 = 3 GUESTS
$230 = 4 OR 5 GUESTS
$250 = 6 GUESTS
These rooms vary in size and can accommodate up to six people. Situated on the second and third floors of the building, they consist of one bedroom, an ensuite, a balcony and a fully self-contained kitchen. Some rooms have a queen bed in the bedroom and single beds in the living area; others have single beds or bunk beds in the bedroom and the queen size in the living area - along with a sofa or lounge chairs, as well as a dining table and chairs.

HONEYMOON SUITE $230 (luxury one bedroom apartment with spa)
These rooms are on the second and third floors, and consist of a queen size bed in the bedroom, a kitchen, living area, an ensuite with a spa and balcony.

LUXURY SPA SUITE $210
These rooms are on the second floors these rooms contain a queen size bed in the bedroom, fully self – contained kitchen, an ensuite with a spa.

LUXURY MOTEL $180
On the second and third floors, these rooms contain a queen size bed, a study/work station, a kitchenette (smaller than a full size kitchen – they have a microwave, bar fridge, kettle and toaster) an ensuite and balcony (on some)

All rooms are non-smoking; contain TVs, Phones, Air-conditioning/Heating.
There is Guest laundry facilities, a Pool with BBQ area, and ample Parking
Breakfast is available: $8.00 = continental (available everyday) and $18.00 = Cooked Breakfast (available Monday to Saturday)
There is a caretaker on-site overnight if you need to check-in outside office hours.
Wireless Internet connection $5 per day.
Terletak berhampiran Esplanade di tepi Swan River


Gambar di ambil dari laman web motel

Motel 3 tingkat dilengkapi dengan lif

Kemudahan kolam renang



Bilik untuk 4 orang, katil queen di bahagian living area


Dua katil single di dalam bilik



Bilik air dengan shower

Hiasan

Meja makan dan tv di living area


Dapur yang serba serbi lengkap, cuma tiada oven sahaja

Periuk, toaster semua disediakan di dalam kabinet

4 comments:

  1. selesa sgt dh tmptnye ni..swan river tu damai je tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Ann, memang selesa dan damai.. sangat sesuai sebagai tempat menginap semasa percutian :)

      Delete
  2. Assalam umiyumi...memang sgt cantik dan selesa motel ni bole tahu berapa harga sewa....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Umi dah update harga kat atas. Atau boleh klik link sendiri, just in case ada perubahan.

      Delete