Minggu pertama di KL kami cuba buat sebanyak mungkin urusan yg perlu diselesaikan disini. Antara yang penting ialah buat pemeriksaan kesihatan sepertimana dinasihatkan oleh Doktor. Kat sana bukan tak boleh buat, tp sangat mahal. Kat sini pun agak mahal juga kalau dibandingkan dengan perkhidmatan yg sy dapat dari sebuah hospital swasta di sini. Sangat mengecewakan. Pemeriksaan yg basic semua ok, kemudian sy disuruh tunggu di tingkat 2 sampaikan nak jumpa Doktor pun tunggu 2 jam! Lepas tu kena tunggu jumpa sorang lagi doktor ..Ingatkan hospital swasta ni servisnya bagus dan cepat. Tak tahan tunggu sy pergi cari nurse dan nak batal baru diorang kelam kabut suruh sy tunggu sekejap dan akan jumpa Dr selepas itu. Sy bukanlah mengada2 nak layanan first class ke apa, tp sy terpaksa amik option check up berbayar yg agak tinggi disebabkan kesuntukan masa dan perlu berkejar ke tempat lain. Last2 kena tunggu berjam2.. rasanya masa sy pergi klinik kerajaan sblm ni pun tak pernah tunggu selama itu.. diorang siap pesan lepas ni dtg lagi ya.. hmm taklah kot. Dah naik bengang dibuatnya.
Oklah, jom layan tempat mkn seterusnya. Balik dr urusan, singgah mkn di restoran ni. Pelik juga tgk tengahari sunyi senyap aje tak ramai orang. Bila nasi sampai, terkejut tengok saiz nasinya.. adoilaa.. kenapa la kedekut sangat? sampai kena minta nasi tambah sbb lapar sejak pagi. Bila sampai nasi tambah, byk pulak. Pelik, mmg pelik. Ulamnya pun tak banyak pilihan mcm dulu.
|
ni gambar yg yiyi warnakan utk maklang kesayangannya |
|
sup ayam kosong? |
|
ayam, kentang dan bawang goreng tabur |
|
ulam |
|
sambal dan sambal kicap |
|
ikan kembung bakar, sekor RM6 |
|
lala stgh kilo, kalau tak silap RM10 kot. hmm kalaulah boleh mkn dgn kulit2 sekali |
Setahu Eey ramai yg dah boikot Sekincah Ikan Bakar ni. Tak sure kenapa, harga mahal sgt kot. Eey pun x pernah mkn kat sini...
ReplyDelete:p
Ye ke Eey? patut la nampak tak ramai dan tak semeriah masa mula2 buka dulu. mungkin la harga agak mahal sbb nasi pun ciput mcm tu. :p
Deletewey my pren bila u balik? (nilah akibatnya bila lama tak online huhuhuhu)... sooooo sapa jaga kymba?
ReplyDeletebalik 2 minggu lepas la kak ina. cepatnya masa berlalu kan? minggu ni dah nak balik semula ke sana.. uhukss..
Deletekymba dijaga oleh mak angkat yg garang hahahaha padan muka kymba :D
umiyumi, tak lama dulu ada blogger buat review restauran ni, macam best jer tapi bila saya ajak my husband pergi dia tak nak, tak ok katanya... so, mmg tak ok lah kot...
ReplyDeletedulu2 mmg byk review. masa awal2 mkn tu mmg sedap. tp skrg dah tak sama. mungkin sbb tu dah tak ramai orang :p
DeleteSekinchan Ikan Bakar ni byk dh bad reviews
ReplyDeletepatutlah tak ramai org kan.. kalau byr mahal tp makanan sedap boleh tahan lg. kalau byr mahal tp makanan tak sedap/tak berbaloi, dah tentu ramai yg lari.
Deletehmmm heran juga tengok byk restoran kat situ dah tutup. satay station pun dah takde, kedai suberi pun takde. mana semua pergi?
Kak Ummi duduk Malaysia berapa lama? Gina balik early November ni kak
ReplyDeleteGina nak balik for good dah ke? laa.. kejapnya masa berlalu, kan? k umi balik cuti sekejap aje, weekend ni dah nak balik semula ke sana :)
Deleteitu Rest. Ikan Bakar Sekinchan kat SETIAWANGSA ke ...umi ? Restoran SEKINCHAN memang kaw-kaw harganya. Silap hb. cecah ratusan .. makan tak seberapa pun menunya. Rasanya sapa yang terkena sekali .. tak pergi dahhhh ...
ReplyDeleteHaah betul lah tu Kak.. umi pernah pergi masa dia baru buka dulu. masa tu makanan dan harganya ok lg. sekarang dah tak sama la tu, org pun dah tak ramai.
Deletebalik baru ni umi pegi sbb lama tak mkn ingatkan ok mcm dulu he he