Wednesday, October 10, 2012

Kenduri akikah.. dan bye2 Perth (off for school holiday)

Hari terakhir kami di Perth sebelum balik bercuti mmg agak sibuk. Waktu pagi perlu hantar Mael ke rumah Kak LG. Tengahari ada jemputan kenduri akikah di rumah kawan. Menu utamanya ialah kambing. Kari kambing, bihun sup kambing dll.. sy suka amik gambar pencuci mulutnya.. semua sedap2 belaka. Balik rumah utk rehat kejap kemudian packing 'barang2' kymba pulak.. hehe brg2 dia ni paling penting ialah makanan, litter box, bekas makanan dan 'tilam bantal'. Otw hantar kymba, dia sangat takut.. kesian sangat. Mungkin fobia naik kereta, takut kami nak pergi buang dia agaknya. Alhamdulillah selamat sampai di rumah utk dia bermanja selama 3 minggu. Ni pun dah dpt report yg kymba sangat nakal! Pantang buka kabinet dapur, mesti dia nak masuk. Suka mencakar2 dan tidur di atas sofa yg empuk. hmmm mmg mengada2 betullah. Mkn pun nak kena teman :p

Oh ya, kami semua skrg dah selamat berada di negara tercinta. Kami berangkat pada pagi ahad lepas. pagi2 pukul 1 pagi teksi dah amik kat rumah. tunggu sampai pukul 4 pagi utk check in luggage. Hampir pukul 7 pagi baru berlepas.. sampai KL pun cepat aje, sgt letih tp lega dah dpt sampaikan hampir semua pesanan org sblm kami bertolak balik kg. Bila balik kampung di kelantan, dah tentu tak ada coverage internet. Serupa mcm bertapa jugaklah ya he he...tp budak2 ni seronok sgt dpt jalan2 dlm kampung, dapat jenguk pusara tok mek, tengok kebun buah2an tok ayah dan jumpa sepupu dekat sana.. hmm tp sekejapnya masa berlalu dah seminggu pun.
yiyi dgn budak comel

mini cupcakes

jam roll

close up



strawberry cupcakes

nasi beriani kambing, acar, kerabu sotong dll

karipap pun ader

brownies

kari kambing


tunggu flight

mengantuk..

boring menunggu nak boarding

8 comments:

  1. Assalamualaikum...
    patut ler lama menyepi.. rupanya terbang jauh... :) sedap2 belaka makanan tu ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt..
      hehe tu la pasal terpaksa menyepi. balik kg line tenet takde.. mm ada ke yg rindu atau tercari2? :)
      makanan kat sana mmg sedap2. kalau dgr ada kenduri atau jamuan mmg laju je nak pergi :D

      Delete
  2. Replies
    1. umi atas kerusi la, la ni hahaha.. :)

      Delete
  3. Replies
    1. salam.. bukan.. tok laki oghe klate. umi oghe penang :D

      Delete
  4. yiyi ngantok sgt tu tp sempat angkat peace lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yiyi tu kalau tgh tido pun automatik tangan dia angkat peace time kita nak amik gambar hehehe

      Delete