Wednesday, October 3, 2012

Tetamu dari Malaysia - September 2012

Lebih kurang 3 hari sebelum balik kampung, kami telah menerima kunjungan tetamu dari Malaysia iaitu Hannani dan Faizi dari Beehunt studio. Pasangan suami isteri ni mmg aktif dgn bisnes pembikinan videografi untuk majlis perkahwinan dan sebagainya. Memang berbakat dan kreatiflah diorang ni. Tabiklah!

Hannani juga mempunyai blog iaitu di http://beehuntstory.blogspot.com/. Sesiapa yg berminat untuk buat wedding videography bolehlah contact diorang ya..

Oh ya, terima kasih sbb sudi bertandang ke rumah k umi ya. K umi cuma dpt jamu mkn masakan simple aje, tak ada idea nak serve eastern atau western food. Rasa mcm nak buat western, tp kalau tak ada nasi tak kenyang pulak haha... last2 combine je dua2 he he.. tp western food pun mmg ada serve nasik jugak kan :p
tayang dessert dulu.. strawberry pudding
lovely couple yg suka travel

rosemary chicken

coleslaw

butter rice

lebih pro amik gambar nih berbanding k umi yg sgt tak reti haha

faizi cuba timbang kymba.. berat minimum kymba ni ialah antara 5-6 kg. kalau nak tau, ce angkat kampit beras :p

14 comments:

  1. wah..kami duk timbang berat kymba,berat kami pun makin bertambah sejak dtg sini..sume mau makan..hehe

    terima kasih byk2 kak umi & abg aziz melayan kami..tak sangka dpt jumpa kann
    tgk gambar nasi ngan ayam tuh rasa rindu lak,mmg terbaik..
    hope kak Umi & family enjoy holiday di Malaysia ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. k umi pun dah tambah berat sejak balik sini he he.. cmn trip ke sana? mesti best kan..
      ye ke sedap nasi dgn ayam tu.. takpe next time bila dtg ke Perth lg, dtglah ke rumah k umi yer :)

      Delete
  2. uuuuiii sedap nampak nya, puding & ayam rosemary tu.. letaklah resipi kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi? insyaallah nanti rajin k umi letak. asalnya dr resepi jamie oliver tp k umi dah adjust sikit2 hehe

      Delete
  3. ayam rosemary tu nampak sgt2 sexy la kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam tu bkn aje seksi, besar pulak tu. kalau mkn seketul boleh kenyang satu hari he he ;)

      Delete
  4. Salam Umi.dah sampai di Msia rupanya...moga ceria bercuti di Msia.
    puding dn ayam tu nampak sedapp sungguh....menyelerakan..
    nengok kymba di dukung baru perasan besar betul saiz badannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama..
      dah sampai sini minggu lepas. cepat aje masa berlalu kan.. puding dan ayam tu masakan simple aje utk sambut tetamu :D
      kymba tu mmg sgt besar.. nasib baik ada org nak dukung barulah boleh tunjuk saiz dia yg sebenar :)

      Delete
  5. Umi..ishhh ishh sedapnya nampak;);) bestnyer garden LG kan:):) ingat mael and kymba tak? nanti apa2 text okay;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu2.. isk takle sesedap masakan Zu, tambah2 kalau buat masakan kampung dan ulam2 ni jauh lebih sedap. mmg cantik garden Kak LG, mcm nak pengsan tgk bunga2 ros yg besar2 tu.. oh ya nanti umi text bila umi balik kl ok... :)

      Delete
  6. umiyumi mmg a good (may be best) host lah... yummylicious jer nmpk nyer makanan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu2.. tak kiralah tetamu dtg jauh dan dekat perlulah dilayan sebaik2nya :)

      Delete
  7. Salam. Kak Umiyumi.. ayam tu sangat menyelerakan..
    Kymba tu sangat comel.. Nur pun suka kucing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nur.. terima kasih. kalau duduk dekat2 boleh la k umi jamu Nur mkn pulak ;)
      kymba tu comel ye, kalau dia tahu mesti dia perasan habiss.. :)

      Delete