Sunday, October 21, 2012

We're Back!

Alhamdulillah kami telah selamat sampai ke bumi Perth ni.. Perjalanan semuanya berjalan lancar cuma masa dah mendarat jenuh nak beratur di imigresen dan beratur lagi untuk check makanan yg kami bawa. Kemudian tunggu maxi taxi pula. Nak amik teksi biasa atau jenis wagon mmg tak boleh sbb brg banyak. Tak muatlah kalau nak sumbat luggage siap dgn kotak2 stok makanan lagi. Perghh..mcm stok 2-3 tahun aje ha ha..

Bila sampai aje rumah dan buka pintu teksi, terus terbau harumnya bunga ros yg dah berkembang di rumah. Rasa sangat bersyukur bila sampai dirumah kami ini. Pokok2 semua terjaga, hidup dengan elok kerana selalu disiram oleh parents tuan rumah dan kawan baik yg dtg menjenguk..cuma rumput aje sudah panjang sbb dah lama sgt kami tinggal. Petangnya setelah berehat sekejap, terus potong rumput. Barulah nampak lebih kemas. Lepas potong rumput baru best sikit nak amik gambar. Jom layan gambar2 yang sempat sy amik.

p/s: Musim bunga mcm ni seronok sangat tengok bunga2 yang berkembang di halaman rumah orang. macam2 jenis bunga dan macam2 jenis warna ada.. kalaulah boleh amik gambar dan tunjukkan kat sini mesti boleh pengsan dibuatnya. Tapi tak bolehlah pegi amik gambar kat rumah orang sesuka hati kan.. :p
ni dah kembang lama agaknya, dah nak layu

bunga ni tak berlapis2 mcm yg lain tp sangat wangi.

sweet sangat. 

yg ni pulak cantik kelopaknya tapi tak seharum bunga yg di atas

haritu dah potong pendek tp sekejap je dia dah menjalar semula


bunga ros kegemaran sy sbb warnanya yg menyerlah

yg specialnya cuma ada sekuntum atau paling banyak 2 kuntum aje tiap kali berbunga

close up

bunga ros kat sini sangat besar! kalau pergi cameron dah tak teringin masuk rose centre he he

pokok berus botol dan osteospermum 

lavender yg hidup subur setelah dipindah ke atas tanah

ini bunga myrtle namanya

cantik warnanya

bunga ros di tepi tingkap ruang makan

strawberi yg galak berbuah


kena check di sebalik daun2 ada buah yg dah masak

strawberry picking anyone?

pokok bunga idaman.. hydrangea dah mula menunjukkan hasil

tak sabar tunggu dia membesar dan kembang!

pokok2 yg subur, terlindung di bawah pokok lemon dan net

kymba si gendut pun dah balik semua ke sini. Mael esok br nk pegi jemput :)

siap jeling lagi pengasuh yg menjaganya selama 3 minggu. eksyen lah tu dah balik rumah

pokok chrysanthemum pun dah berbunga!


lepas disiram

satu lg spesis chrysanthemum

cantik kan warnanya?

12 comments:

  1. salam umi, cantiknyer roses umi..mesti bau wangi kan..ppn n bunga mmg x bole pisah, suka sangat posting umi yg ni, oh btw alahamdulillah da selamat balik perth, nanti kalau balik malaysia lagi kita jumpa pulak ya , insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak,
      terima kasih..risau juga sbb bunga2 ros tu dah 3 minggu tak brp terjaga, Alhamdulillah masih berkembang elok sbb sebelum cuti haritu sempat lg spray takut kena attack dgn serangga.
      InsyaAllah balik Msia lagi boleh la kita jumpa kan? next time kena plan cuti lama2 sikit :)

      Delete
  2. Salam Umi!!! yeayy dah sampai;) bestnyer Umi..macam mana hati tak berbunga-bunga ye..halaman penuh bunga and i really love that white roses yang menjalar tu..jgn potong umi sayang:) bubuh penyokong buat shape sikit atau arch;) cantik sangat:)Umi gomoknya Kymba..geram betul..ha ha Mael duduk dgn 2 anak dara lagi ye:):) mesti lah hero Umi dua orang tu happy balik home sweet home ya;);) Betul lah orang cakap'di mana hati disitu lah rumah" walaupun di perantauan tapi sini lah rumah kan;)salam kat Myn ya Umi..and kirim geletek2 perut Kymba tu ya:);)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zu,
      yeayy dah sampai hehe.. pastu lupa la pulak nak kena adjust speaking pulak kat sini. maklumlah dah 3 minggu senang2 ckp melayu bila kat kedai.. haha
      white roses tu umi tak potong pun. nanti dia dah habis berbunga, nak trim sikit dan letakkan kayu biar dia naik tinggi. Kymba mmg sgt gomok dan manja. kejenye mengikut orang je. Mael pun dah balik, satu family dah complete sekarang. Memang betul Zu, duduk di manapun bila dah ada rumah tempat kita duduk bertahun, rasa mcm duduk di rumah dan di kampung sendiri. Oh ya tadi dah jumpa Kak Mynn dah sampaikan buahtangan dari Zu kat Kak Mynn. Kalau Zu jumpa Kak Mynn mesti best, seronok sgt sembang dgn Kak Mynn :)

      Delete
  3. salam sis!!!
    subhanAllah..canteknyerr bunga sis tanam...
    geramnye tgk kymba si gendut tuhh..rasa terpanggel2 nak bela kuceng juga la sis..kalau ke perth nak jumpa sis la..nak rasa petik bunga lavender n pink rose tuh..blh cenggitu??hu3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis,
      Tenkiu2.. mmg seronok tanam bunga ni tp kena rajin jaga dan tunggu setahun baru la bunga2 keluar lebih elok berbanding masa baru beli. kymba tu walaupun gendut tetap ramai peminat rupanya haha.. utk mengekalkan kegendutannya tu, mmg byk juga kos nak beli makanan sbb kejenye kan asyik mkn aje :p
      Kalau dtg ke Perth ni dtg la rumah boleh jumpa dan kenal2. kalau nak petik bunga pun kena dtg la kan. tp sayang nak petik sbb takut cepat layu bila dipetik :D

      Delete
  4. Salam. Suka tengok bunga2 yang you pamerkan. Cantik! Di rumah saya penuh dengan kehijauan sebab bunga2 tak nak keluar. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      terima kasih.. kebetulan skrg musim bunga tu yg byk bunga. Kalau tak, tak semeriah mcm ni. :D

      Delete
  5. Hi umi,

    oowh dah sampai rumah..alhamdulillah.....take times ya unpacking tue...hehehhe

    antara banyak-banyak bunga tu, saya cukup suka dgn bunga berus botol susu...hahahah...unik !!!

    bestnyer lavender pon dah berbunga...bolehlah lepas ni buat spa kat rumah sendiri....betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dini,
      haah dah sampai smlm. tgh unpack slow2 sbb nak kemas rumah sekali yg dah berhabuk kena tinggal.
      oh suka bunga berus botol tu ya. tak sangka ada peminat juga. lupa nak snap gambar close up. kat sini punyalah banyak pokok ni.. dari jauh lg nampak warna merah2 bunga tu kat pokok. lavender tu mmg selalu berbunga. tak sempat nak buat spa pun he he

      Delete
  6. subhanallah..bestnya kak..Alhamdulillah..rezeki dapat tengok itu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best dapat tengok keindahan ciptaan Allah di sini. tak dapat digambarkan mcm mana perasaannya.. kalau ada rezeki dan kesempatan datanglah boleh tengok sendiri :)

      Delete