Monday, October 1, 2012

Photos of Spring

Alhamdulillah kami telah selamat berada di bumi Malaysia.. iaitu di Kuala Lumpur yg sedang panas dan berjerebu sekarang...terus rindukan kesejukan musim bunga di Perth. Tapi yg paling bestnya ialah dpt jumpa saudara mara dan kawan2.. sambil tu boleh jjcm.. ni gara2 sbb dah lama tak mkn makanan mcm kfc dll.

Selain tu, ada juga survey musim buah apa sekarang. Buahan2 yg ada ialah longan dan dokong. Buah durian pun ada tp tak byk dan mahal. Satu kilo harganya RM33..iaitu durian musang king! adoiii.. mahalnye la.. terkejut badak jugak tgk harga barang kat sini pun dah naik. Beli laksa sepaket RM3 tp laksanya saiz utk budak kecik makan! mcm nak pengsan.. hahaha..

oh okla, jom layan gambar2 yg sy amik baru2 ni. gambar buah lemon diambil selepas hujan dan angin kuat. Bg sesiapa yg ada pre-order barang, tolong check email ya supaya dpt uruskan pickup dan sebagainya. Brg utk dipos Insyallah sy akan poslaju esok.


pokok bunga ni asalnya dari rumah sebelah :)

lemon berguguran,. sayang taktau nk buat apa. dah terlalu masak



ni pulak sebenarnya weed ataupun sejenis rumput liar

jiran2 yg suka berkebun ni biasanya akan mencabut weed ni dari halaman rumah

buah strawberi lagi


petunia yg tak jemu2 berbunga


suka sangat kaler ni mcm lollipop!


weed lagi

pokok lemon dan pagar yg masih belum2 ditukar lagi.. hmmm

10 comments:

  1. salam umi..alahaii lemon tergolek je atas tanah kt sana ya, kat sini mahai la lemon nih, strawberi tu petik trus makan cecah coklat cair mesti yummeh kan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak..
      itulah kan, lemon kat sini mmg mahal. dah tu kecik2 aje. sayang sungguh terlupa nak bawak balik lemon sikit ke sini.. strawberi tu mmg sedap mkn dgn whipped cream atau cicah coklat :)

      Delete
  2. Salam Umi..yeayyyy dah sampai malaysia..heee hee Umi memang panas dan berjerubu kan..kalau tengok photo2 umi ni..ishhhh memang lah leleh2:) Umi saya memang look forward nak jumpa Umi tai tak lah nak cakap sebab takut Schedule Umi penuh..faham benar macam2 nak buat kan..tapi kalau Umi ada masa..yes ikita should jumpa..nanti let me know ehen okay:):)saya ada tinggal no phone kat LG nak bagi Umi tak ada email Umi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zu,
      yeayy.. seronoknya bila landing di bumi sendiri. rasa teruja sangat tengok org malaysia.. dan makanan mcm kfc yg halal di semua tempat hehe.. ye ke nak jumpa umi juga? kalau mcm tu eloklah, nanti tunggu umi balik dr cross separuh dr semenanjung ya..ni email umi: pandorra_75@yahoo.com. bg la no fon, senang nak sms

      Delete
  3. assalamualaikum kak umi...
    wahhh banyak sungguh lemon ha.. ade project melemon apa plak lepas ni ye.. :) hmmmm malaysia skrg cuaca kejap hujan.. tapi kalau panas dua or 3 hari tu mmg amat2 terik sekali.. biasa la kan.. bumi malaysia ni.. :) ape pun syukur alhamdullillah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      hehe mmg teringin nak buat project guna lemon ni tp masa tak mengizinkan. tu pun puas bagi kat kawan2 pun still tak habis lagi. haah kalau hujan tu, cuaca elok sikit kan. apapun mmg syukur sgt dah sampai di sini :)

      Delete
  4. wah...dah sampai kl rupenye umi.....selamat jjcm yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai dah, Ucu. penat juga jjcm, byk makanan dah try ni. berat badan pun mesti naik ni he he..

      Delete
  5. Replies
    1. dah ada kat rumah di KL. rasa gumbira sangat.. Alhamdulillah :)

      Delete