Thursday, December 6, 2012

Blueberries, cake and baked pasta!

Impian nak tanam strawberi dah tercapai. Siap boleh harvest tak henti2 sampai sekarang. Hydrangea pun dah berbunga, walaupun bunganya kembang tak besar mana sekurang2nya berbunga dan masih hidup segar (hydrangea ni cerewet sikit tak boleh kena matahari secara terus nanti daun dia mcm melecur. Ada juga survey org lain tanam, diorang tanam pokok ni di tepi rumah dan letak pelindung lagi), kangkung dah tanam, kobis dah, tomato dah, karot dah. Epal? susah nak jaga dan lambat berbuah.. haa kali ni cuba tanam blueberi la pulak. Utk mengelakkan dr tunggu terlalu lama, beli pokok yg agak2 dah matang sikit.. mahal sikit pun takpe..lagipun kami menyewa aje takut nanti tak sempat nak merasa hasilnya. :)

Gambar kek pula adalah kek yang ditempah oleh satu family yg dtg berjalan2 ke sini baru2 ni dan merancang untuk menyambut besday di sini. Sy ni bkn terrer sgt bab2 hias ni, setakat nak buat kek simple tu ok lah. Rasanya mungkin sbb pernah tgk kek yg sy buat sebelum ni dengan hiasan strawberi fresh tu semestinya menggoda lah kan..so maintain aje la hiasan mcm tu. Kemudian sy buat pasta bakar utk jamu tetamu. Brunch ala western. ;)

Utk Nur, ini resepi pasta bakar spt diminta. K umi refer resepi chef hanieliza dan adjust2 ikut bahan yg ada, sgt cepat dan mudah. Kalau nak buat from scratch boleh rujuk resepi chef hanieliza kat sini: http://hanieliza.blogspot.com.au/2008/11/pasta-bakar.html 

Resepi Pasta Bakar (kalau ikut resepi ni boleh buat utk 6-8 orang makan)
Bahan
500 gm pasta (biasanya k umi suka macaroni atau penne)
500 gm daging cincang
1 tin cendawan butang - dipotong 4 atau dihiris nipis
1 biji capsicum hijau - dicincang halus
2 biji cili merah - dipotong
1 botol leggo's bolognese sauce
2 botol leggo's bechamel sauce
oregano kering utk hiasan
parsley utk hiasan
minyak masak
garam
gula

Cara:
Panaskan oven dengan suhu 200C
Rebus pasta sehingga lembut (masukkan sedikit garam dan minyak di dalam air rebusan supaya pasta tidak melekat) dan toskan.
Masak daging cincang di dalam pan. Masukkan sos bolognese, cendawan butang, cili merah dan capsicum. Masukkan sedikit garam dan gula. Kacau sehingga masak dan tutup api.
Campurkan pasta dan daging cincang yg telah dimasak tadi dan gaulkan sekata.
Sapu sedikit minyak masak ke dalam bekas aluminium atau baking pan/pyrex.
Tuangkan campuran pasta dan ratakan di dalam bekas tersebut.
Tuang sos bechamel ke atas pasta dan ratakan. Tabur oregano kering dan daun parsley. Tutup bekas dengan aluminium foil dan masak selama 30 minit.

tunggu bila la dia nak masak

mahal jugak kan harganya. ada murah sikit tp pokok tak brp mature

melting choc cake.. time ni dah start panas

macaroni bakar

yumm!
Bechamel sauce

Bolognese pasta sauce







































































6 comments:

  1. Itu strawberri dr kebunkr? Segar dan besar2...kl kt mesia biasa yg besar2 korean strawberry...strawberry cameron yg jns kecik 2 jr

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak, ni strawberi yg beli dr produk dr sini. yg kat kebun sekali kutip terus ngap. strawberi kat sini besar2 jugak. tp tak semua manis. kalau kat jusco kalau tak silap rasanya brand driscoll tu dari australia

      Delete
  2. Ala Kak Ummi, tengok entry Kak Ummi pasal masakan rasa rindu pulak dengan dapur kecil di Adelaide tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. K umi lak rindu makanan sedap2 kat Msia. jeles tgk org mkn durian dan rambutan.. hehehe..

      Delete
  3. Sedapnya choc cake tu.. Dah cukup cantik hiasan kek tu.. Kak Umi memang kreatif.. Tentu customer akak tu berpuas hati..

    Kak Umi share resepi pasta tu boleh tak? Teringin pulak nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik ke? hehe isk kreatif apanya setakat susun mcm tu boleh la. :)

      K umi dah share resepi pasta tu. Try lah buat, k umi guna bahan yg ada, senang sikit. nak buat from scratch pun boleh. hasilnya tetap sedap sbb resepi dari Chef Hanieliza :D

      Delete