Sunday, December 23, 2012

Summer

Akhirnya bunga hydrangea ni telah berkembang.. bunganya ni tak berapa besar mungkin sebab tanam dalam pot. Masa baru beli tak berani tanam atas tanah takut tak boleh hidup sbb pokok ni cerewet tak boleh kena cahaya matahari terik.

All hydrangeas will bloom and grow well in morning sun and afternoon shade. This is especially true of the most commonly grown hydrangeas, the macrophyllas. These are the blue and pinkmopheads and lacecaps.

Boleh rujuk kat website ni: http://www.hydrangeashydrangeas.com/planting_fert.html

Memandangkan pokok ni dah boleh survive, boleh la nak transfer ke tanah lepas ni. Harap2 lebih banyak bunga yg besar2 :)

Gambar bawah sekali ialah coklat yg dihadiahkan kepada cikgu kelas budak2 ni. Yg bestnye mmg dijual siap dah gift-wrapped. Tak yah susah2.. skrg ni mmg sale coklat sbb dekat nak krismas. Paling sy suka ialah time nilah paling banyak butter cookies dalam pelbagai tin yg cantik2!



strawberi yang tak henti2 berbuah


petunia pun sama




16 comments:

  1. salam umi, cantiknyaaa hydrangea umi,strawberry pun best asyik berbuah:) saya pun suka enamel jug umi tu sangat cantik,saya ada biru kettle and blue small jug beli kat swan valley dulu tu:)tapi yang paling best crabbing laaa..mesti sangat manis mula2 baru tangkap tu kan umi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zu,
      mmg excited bila tengok bunga hydrangea ni. tp kalau lalu kat rumah org yg tanam bunga kat sini rasa kagum sgt diorang tanam bunganya merimbun mcm pokok kat strawberry park tu. dari jauh dah boleh nampak bunga dgn warna pastel sgt lembut.

      Rindu juga lama dah tak ke swan valley, tunggu anggur masak boleh nak pergi ke sana lagi cari anggur manis2 dan singgah di pekan guildford.
      ketam yg baru tangkap tu sangat manis.. mmg kenyang dan puas hati :)

      Delete
  2. Cantiknya bunga tu...akak panggil bunga siti zubaidah....akak tak pernah berjaya tanam...berakhir dgn mati...hihi

    Jug bawah tu memang cantik...suka.
    Akak ada remikin belang2 tu tapi warna merah hitam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh bunga siti zubaidah? sedap namanya kan. dgr kata ada yg panggil nama bunga tiga bulan ya? mmg susah nak tanam pokok ni, ada yg try tanam semuanya mati. kalau silap sikit kena panas habis daun dia melecur. tp kalau dia berbunga.. perghh mmg meriah!

      ramekin merah hitam? cantik tu, tak pernah tengok lagi. brg2 yg kita suka ni mesti kita sayang kan? bila dpt guna tu rasa puashati sgt:)

      Delete
  3. dari siti zubaidah tu saya tahan lagi bela petunia hehehehe....
    ke mmg tgn saya panas....asik x berbunga je last2 mati hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elena,
      mmg susah nak jaga pokok ni kan. panas terlebih pun dia taknak. petunia mmg senang sgt, selalu berbunga dgn meriah :)

      Delete
  4. best dok sana..rasa mcm nak g jer..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best normi.. jomle dtg sini boleh melawat ladang dan petik pokok lemon

      Delete
  5. mesti banyak sale corelle kan Umi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada sale Nekcik tp umi tak pegi tengok pulak. bila tgk, nak beli :D

      Delete
  6. salam umi, lagu mana sedapp chocolate..chek tetap pilih flower cik umi!!!..lawanya. Chek ni peerakk jakun tak reti nak appreaciate keenakan chocolate.Strawberry yg terjuntai2 tu lagi chek geram..cicah dgn garam!!!

    MONA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mona,
      oo minat bunga ka? hehe
      mai la petik stoberi tu.. mmg betui sedap cicah garam. nak cicah kuah rojak pun buleh :)

      Delete
  7. Aslmkum Umi.
    kat sana masuk summer....sini musim sejukkk...
    sukakan bila pokok ditanam dah berbunga...tp paling suka nengok strawberry juntai2 itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mama,
      oohh kat sana musim sejuk ya. mmg bertukar dgn kat sinilah.

      Seronok sgt bila pokok berbunga dan berbuah.. buat kita rasa semangat sikit nak berkebun bila dpt tengok hasilnya. :)

      Delete
  8. semua cantik2... tapi paling tak tahan tengok chocolate tu lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak mulan minat coklat ya. Ini yg sempat umi beli aje. kalau tengok kat supermarket, semua nak beli.. nasib baik kena tapis dulu baca bahannya hehe.. paling geram tgk ferrero rocher. :)

      Delete