Monday, December 10, 2012

Cake stand, easy banana oat bread and thank you gift

Suka tengok cara Zu mamatiamia menghidangkan/menyimpan kek di dalam cake stand. Disamping memanfaatkan kegunaannya utk menyimpan kek, tak adalah kita simpan aje bekas kek tu dalam almari kan? So masa beli cake stand ni cepat2 rasmi walaupun tak ada kek, letak pie pun ok jugak.. tp bila lama tak baking terpaksa simpan dalam kotak sbb penuh meja, dan takut pulak ada yg jenis ter'bolah' sampai bg jatuh ke.. sayang woo...

Gambar yg tengah ialah kek oat pisang yg sy buat baru2 ni. Kebetulan ada stok pisang yg dah terlebih masak dan terjumpa pulak resepi yg sangat simple. Resepi simple2 ni mmg sy suka sangatlah, tambah2 kalau gerenti jadi. Lagipun kalau kek pisang ni sah2 ada peminat yg makan. Walaupun tak makan pisang, kek pisang dia makan la pulak.

Gambar bawah sekali ialah kad ucapan dan pemberian coklat sebagai tanda terima kasih daripada tuan Mael yg sebenar. Kira kami ni tuan yg tak sebenar, atau palsu atau jadi2an lah kan hahaha.. rindu pulak dkt Mael. Harap2 dia sihat walafiatlah..Kymba ni pun sekarang makin mengada2 dan bermaharajalela sejak Mael tak ada. :p
dah lama tak baking


kali terakhir baking buat roti oat pisang ni lah

tgk gambar pun cun, mesti try nih



hasilnya.. silap pulak pegi potong dgn pisau biasa. tak cantik

betul2 homemade nih

rasanya?

sangatlah sedap, tambah2 dimakan panas2
kad terima kasih dari pemilik Mael.. nama anak2nya tu
cokat sbg tanda terima kasih

jemput lah amik sorang satu atau dua :)


Banana Oat Bread (serves 12)
prep time 10 mins
cook 60 mins
Ingredients:
Canola spray oil for greasing (boleh juga gris guna minyak sayur)
185ml can Carnation Light & Creamy Cooking Milk
3/4 cup (165g) brown sugar
2 egss
3 ripe bananas, mashed
1/2 cup (45g) Traditional Oats 
2 cups (300g) self raising flour
Canola margarine spread if desired

Howto:
- Preheat oven to 180C/160C fan forced.
- Grease with canola spray and line a 20cm x 10cm loaf pan with baking paper.
- Whisk Carnation Light and Creamy Cooking Milk, sugar and eggs together in a medium bowl; fold in bananas, oats and flour.
- Spoon mixture into prepared pan. Bake for 1 hour or until skewer inserted into the centre comes out clean. Serve warm, cooled or toasted with canola margarine spread if desired.



14 comments:

  1. Salam umi
    Dah tau tak apa Nama mael yg sebenarnya?
    Sure mael rindukan umi Dan family kan.
    Akak pun dah terpengaruh dgn mama tiamiA
    Semalam beli tutup cake tu...tp stand dia x beli sebab boleh guna piring besar....nak jimat le konon...Lepas Tu balik menyesal...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak,
      tak tahu pulak apa nama sebenar dia. tanya jantina mael pun dia tak tahu. hehehe.. rasanya mungkin la mael rindukan kami. makanan dia pun ada lg ni, lupa pulak nk bg sekali haritu buat bekal :)
      Haah penutup kek tu elok kalau beli dgn set stand/pinggan dia sekali baru matching. haritu umi dah beli set dgn pinggan flat yg tak ada stand, kali ni beli yg ada stand pulak. nak buat mcm mana kan, dah kita minat. lgpun bila lama2 kumpul ni mana tahu boleh bukak kafe atau kedai kek kan kak? :)

      Delete
  2. ingatkan kak umi yg nak bagi gift kat kita org tadik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su amik la sikit. nak mkn sorang mmg tak habis hmm kalau boleh bg thru skrin ni kan best. tp bahaya tu takut ada pulak tangan dok terjulur keluar hahaha :D

      Delete
  3. waa!!!! tak baik tau umi, offer cekelat virtually....hikhikhik.....umi, saya pon suka resepi yg senang2 ajo.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tp rasanya coklat ni tak sesedap cadbury bubbly atau time out. budak2 pun tak mkn sgt sbb mcm toffee sikit tu yg slow sikit nak abis.
      kalau ada resepi lg senang dr ni pun best kan Dini?

      Delete
  4. seronoknya baca kisah akak yg jauh di seberang benua nie...
    Sambil berangan-angan nak jejak kaki di sana....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca kisah k umi di sini. kdg2 merapu je lebih hehe..takpe, angan2 tu mesti ada. bila ada angan2 baru ada cita2 :) eh mcm cikgu sekolah la pulak :p

      Delete
  5. salam kenal umi....

    Wahhhhh cantiknya jug tu....klu saya dapat boleh duduk berjam2 tengok detail rosesnya tu.
    Penah pegi Perth sebab adik duk kat Bertram.Umi duduk mana? Masa tu tak reti lagi nak pegi flea market ni sume kikikiki.Pegi Fremantle je kat EShed.Anyway...kedai Kong tu sempat pegi jugak sebab pegi beli brg2 dapur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga dari umi..
      terima kasih hehe mcm tu samalah minat kita kan? suka sgt tgk detail roses tu. Oh adik masih duk lg kat sini ke? umi duduk dkt area2 melville, on the way ke fremantle. kedai kong tu mmg popular di kalangan org msia kat sini. senang cari stok makanan :)

      Delete
  6. geram tengok banana oat bread tu..

    ada jugak cake stand tersimpan dalam cabinet ni.. tapi masalah negara di sini ialah those uninvited semut2.. pantang ada ke yg manis2 atas meja.. kena simpan dalam airtight baru lah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mulan, bkn setakat semut, nak kena jaga dari lipas dan cicak lg kan? tp cake stand ni kaca so lipas dan cicak pun tak boleh masuk. semut jarang ada kat sini. cicak pun tak ada.

      Time summer ni yg tensionnya ialah lalat. Bkn dia suka makanan sgt, dia suka hinggap di muka orang (jenis lalat bush fly). :p

      Delete
  7. Salam Kak Umi,sedapnya tengok kek pisang oat tu..dah la tgh hujan ni,terus rasa lapar..cantiknya cake stand kak umi beli,mmg mata kak umi pandai pilih brg2 kaca ni.haritu kak umi beli jug bunga rose pun alahai cantik sangat

    ReplyDelete
  8. Salam Hannani,
    trylah buat kek pisang oat tu mmg sedap, tambah2 kalau mkn panas2.. fuhh takleh nak cerita betapa sedapnye.
    harini pun kat sini hujan lebat sgt, mlm ni br stop. k umi mmg minat brg cantik2 ni, sbb dpt beri inspirasi. bila boring2, tgk brg kesukaan kita atau bila tgk ada cake stand br rajin sikit nak mengisinya dengan kek :D

    ReplyDelete