Wednesday, December 26, 2012

Ikan bakar dan buah tin

Sori lama tak update.. hehe.. lama ke? ye la.. skrg tgh musim cuti kat sini, tambah2 pula minggu ni cuaca panas berterusan. Suhu antara 38 hingga 40C. Hari Sabtu ni suhu dijangkakan mencecah 42C! Rasa cam nak duduk dalam rumah aje, pasang aircond duduk diam2 tp tak leh jadi juga sbb time ni pulaklah diorang buat sale gila2.. adoii menggugat betul. So cuaca panas2 pun keluar rumah jugaklah menjenguk suasana. Pergi ke Harbour Town tengok ramainya manusia. Kami cuma sempat masuk 2-3 kedai aje tengok ramai sgt org sampai nak bayar pun beratur panjang.

Kemudian ke tempat lain pulak.. nasib baik tak ramai orang. Sempat dengar salah sorang staf kat situ tengah menelefon bosnya bg laporan yg suasana petang tu agak tenang sikit, berbeza dgn waktu pagi ramai yg dah serbu. Oh begitu rupanya. Kami pun beli apa yang perlu dan cepat2 balik rumah.. kalau jalan panas2 mcm ni cepat mengantuk, letih dan dahaga :p

Jom tengok menu kami baru2 ini. Lama tak mkn ikan bakar dan air asam. Tp air asam kurang kick sbb tak cukup bahan penyedapnya iaitu cili padi. Nak beli pun fikir banyak kali sebab satu bekas kecil mahal sangat. Pokok cili pun dah habis mati sebenarnya, dan baru aje beli sepasu yang baru dan mmg lebat betul cilinya.

ikan kembung import boleh beli kat frozen section di kedai oriental

air asam


buah tin @ fig
Yang ini ialah buah tin atau fig yang segar. Buah tin ni tak tahan lama, baru satu hari dah lembik.

Mungkin sbb tu susah nak eksport yg segar sbb cepat rosak tu yg byk kita jumpa yg dah kering kan?
close up

6 comments:

  1. First time tengok buah tin yg hijau...biasanya Akak tengok yg dah Warna purple.
    Airrrr asssaammmm tu buat air liur meleleh je umi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni jenis yg kaler hijau. mmg dah masak tu. lupa nak belah tunjuk isinya.
      Sedap kan air asam ni cicah ikan bakar atau ketam rebus fuhh nikmat tak terkata :)

      Delete
  2. Hi umi,

    setuju ngn kak kasihredha....1st time jugak saya tengok buah tin yg hijau.....ni kira dah masak ek buah dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dini,
      Buah ni mmg dah masak, dah boleh makan. tp sayang sekali tak tahan lama, tgk2 dah lembik. lepas petik kena mkn segera :)

      Delete
  3. Replies
    1. Yg hijau ni sy tak makan pulak. Pernah mkn yg beli sebelum ni rasanya biasa2 sj taklah manis sangat. :)

      Delete