Sunday, March 17, 2013

Pasar malam Al Hidayah Islamic School - Bentley

Cerita kali ini tentang pasar malam yang berlangsung kira-kira 2 minggu lepas. Memang agak meriah walaupun kecil sahaja. Yang penting boleh beli makanan kegemaran yang sedap-sedap belaka! Jom tengok gambar...
Sampai aje jumpa gerai satay dan gado-gado dulu

Kami datang awal jadi tak perlu beratur panjang lagi masa ni :)

Satay pun baru tengah dibakar

Jom beli satay!

Gado-gado, mi rebus dan nasi lemak pun ader

Gerai-gerai diletakkan sepanjang koridor

Gerai ni jual minuman dan pencuci mulut

Jom beli abc dan cendol dari akak2 ni

Cendol cuma saiz kecik. Tak boleh upgrade :p

Budak ni dapat satay dan air tin pun dah cukup

Gerai antarabangsa, macam2 jenis makanan dari pelbagai negara

Tempat duduk disediakan

Kat hujung tu gerai ayam bakar dan fries
Yang ni saya borong bawa balik
Macaroons!


Sebelum ngap, posing dulu

Sedapnyee

Jom jamu mata hehe

Ini pulak gado-gado yang saya bawa balik.. Mcm rojak aje kan? Sedappp

14 comments:

  1. wah seronoknyer ader pasar malam like this overseas :) hehe the best part is everything is halalllll and the satay and abc especially make me terliur!!

    x
    Farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok, Farah. Pasar malam ni jadi antara event yg ditunggu2 setiap tahun. Tambahan pula ada makanan halal ni. :)

      Apa yang menariknya konsep pasar malam ni mendapat sambutan baik dari orang2 di sini sampaikan setiap hari Jumaat ada pasar malam di city (twilight market), tak kurang juga universiti kat sini kalau ada multicultural week mesti ada event pasar malam. Sambutannya.. fuhh hebat sekali. :D

      Delete
  2. sdapnya..macaroons tu tak pernah cuba pon lg..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Msia pun ada org jual, tp online rasanya sbb mungkin belum ramai yg tahu, tambahan pulak rasanya harganya lebih mahal berbanding muffin atau cupcake walaupun saiznya kecil aje :)

      Delete
  3. Salam wbt k umi,

    Kami pegi juga pasar mlm ni, tp malam la lepas maghrib. Ramai betul orangnya, sampai xde dah tempat duduknya. Gerai ABC and cendol pun dh tutup rasanya..ehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt Mazia,
      Mmg betul kalau malam sikit mmg ramai. K umi pegi betul2 masa time dia buka tu, so org tak ramai dan masih byk pilihan makanan. Diorang buat sikit2 aje, sbb makanan disedia oleh guru2 dan ibubapa dan dijual utk tabung sekolah. Gerai luar yg ada cuma mahsuri satay :)

      Delete
  4. aiyok...macaroons.....sedap..sedap..sedap...(tp x penah rasa lagi...hehehe)saya ni dok cari sapa yg buat macaron kat penang ni....dah tny ramai org...tapi hampa....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap syu, tapi takleh mkn byk2.. kalau nak mkn byk, make sure ajak umi sekali hahaha..
      ni ada jumpa org yg buat macs kat penang. try le order ;)
      http://meltingbites.blogspot.com

      Delete
  5. salam kenal kak umi..mcm2 dijual kan..sedap macaroon tu tp lagi sedap sy tgk gado2 tu..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga mamasuri,
      Boleh tahan banyak juga pilihan. Haa macaroon tu manis, gado2 tu pedas2.. lepas mkn yg pedas, mkn yg manis mmg terangkat! ;)

      Delete
  6. all sooo yummeeh....!!! betol tu kalo duduk jauh2, event camni lah sangat ditunggu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu ni ada food fair lagi kak.. boleh beli makanan sedap2 lagi. yumm yumm :)

      Delete
  7. wah sedapnya.. shad baru je follow akak, bestnya.. akak kat oversea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg mana sedap sekali shad? Terima kasih sudi follow k umi. best jugak dok oversea ni tp tetap rindu Msia :)

      Delete