Tuesday, March 5, 2013

Pear dan Anggur

Setiap kali musim berubah, saya suka sangat tengok buah-buahan apa yang dijual dengan banyaknya di pasaraya. Kalau kat tempat kita, saya cuma kenal buah pear, buah lai, epal merah, epal hijau, anggur merah, anggur hijau.. tapi bila datang sini dapat tengok sendiri contohnya buah plum saja dah bermacam warna, saiz dan nama. Kadang-kadang tu rasa sangat teruja nak beli dan mencuba. Jom kali ni saya tunjuk 2 jenis buah, pear dan anggur.

Buah pear kat bawah namanya Paradise Pear. Saiznya kecil2 sangat sesuai buat bekal budak2 ke sekolah. "Paradise pears are very small pears. Their green skin is sometimes blushed with a little red. Also known as Faccia Bella pears, their flesh is crisp and white. Available in January and February, Paradise Pears are good as a snack for children, or added to salads."
Maklumat lanjur boleh google atau KLIK.

Anggur hitam ni pulak adalah kegemaran saya. Padanlah dengan namanya tu kan. Ianya dikenali sebagai midnight beauty, ada juga kedai yang label sebagai black midnight.
"Midnight Beauty seedless black grapes boast extremely large berries, a crisp texture and tend to be redder in colour than conventional black grapes. Midnight Beauty seedless black grapes are a high-quality black grape variety that is simply delicious!"
Maklumat lanjut boleh google atau KLIK.
Paradise pear

Suka sangat dengan blush warna merah tu. mcm pakai pipi merah la kan he he

Saiznya berbanding mug, sangat comell

Manis dan crunchy, tapi mcm pear lain kalau lama2 isinya akan jd lembut

Oleh itu eloklah dimakan segar selepas beli ;)

Inilah midnight beauty.. mmg betul2 hitam warnanya

Segar dan sangat rangup.. isinya padat

Jangan lupa basuh dulu sebelum makan

Tapi kadang2 tak sempat sampai rumah dah tinggal separuh

Tak elok mkn buah tak dibasuh, tp taktahulah kenapa.. asalnya nak cuba 1-2 biji saja :p

6 comments:

  1. As salam Umi,

    Paradise pear tu mmg crispy & juicy! Kita pun suka cuma jarang beli... biasa beli buah epal & fresa (strawberry) je... buah fav Iman! hehehe... Buah anggur tu masam2 sikitkan rasanya... pernah juga beli... betullah kat msia mmg susah nk jumpa buah2 mcm ni... ada cuma mungkin tak byk & jual tmpt2 tertentu je...hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Marya,
      Wah bagus ye Iman suka mkn buah2an. Kat sini belum musim strawberi lagi. Kalau ada pun tengah mahal dan tak brp manis. Anggur tu sangat manis rasanya sbb tu umi suka sangat. Haah Kat Msia jarang dpt jumpa mcm ni, kalau ada pun tak semanis mcm ni. :p

      Delete
  2. mmg comei betul pear tuh... agak2 kt malaysia ada tak ek huhuhui.... anggur tu pun jarang dpt jmpa kt sini, kalu ada pun agak mahal harga nyer... ohooo itu nama nyer ek, sesuai ngn rupe nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kat Msia kan best, cuba survey kat supermarket atau pasar malam ada tak? biasanya pear ni satu jenis dan saiz sama aje kan. suka tengok buah saiz mcm ni kecik2, mkn pun cepat habis :)

      Delete
  3. owh sungguh comel apradise pear itu umi......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg comel sekali Dini, sesiapa yg mkn boleh jd comelll hehehe :D

      Delete