Berbeza dengan negara kita, sekolah disini dibuka pada bulan Februari. Cuti panjang hujung tahun bermula dari pertengahan bulan Disember sehingga akhir Januari. Kebaikannya ialah waktu tersebut adalah kemuncak musim panas (Disember-Februari), jadi sekurang-kurangnya hanya sebulan saja bersekolah musim panas, iaitu Februari. Namun begitu walaupun Mac sepatutnya dah masuk musim luruh, cuaca adakalanya masih panas. Cuma lega sikit bila ada hujan sehari dua ni.. Kali ni nak kongsi gambar2 perhimpunan sekolah baru-baru ini.
Perhimpunan sekolah dibuat setiap 2 atau 3 minggu sekali. Waktu perhimpunan ini, pelajar akan menyanyikan lagu kebangsaan, di samping ada acara persembahan dari kelas tertentu dan juga penyampaian sijil. Uniknya penyampaian sijil bukan sebab cemerlang dalam sesuatu subjek sahaja, tapi setiap nilai positif yang dikenalpasti dan disukai oleh guru kelas akan mendapat sijil penghargaan. Tak sangka pulak budak kecik ni dapat sijil pada perhimpunan pertama tahun ini.. Good boy :)
|
Terima sijil dari principal dan berdiri di depan |
|
Nasib baik dah potong rambut.. kalau tak, mmg panjangle rambutnya |
|
Bangga dengan sijil |
|
Abangnya dengan kawan sekelas |
|
Kawan baik dari Pakistan |
|
Award to Khuzairi for trying hard to complete his work correctly. He is a very neat worker, too. |
|
Kawan baik dia yg tinggi tu, namanya Amy |
|
Tinggi betul kawan baik dia ni.. diorang satu kelas walaupun Amy tua setahun |
salam umi, best anak anak umi dapat experiences sekolah kt oberc, sure confidence level mantap sbb kat sana lain caranya dia develop confidence level bdk bdk kan..
ReplyDeleteSalam Kak,
DeleteBudak2 ni mmg beruntung dpt sekolah di sini. Kalau sekolah kat sana jenuh la hari2 sibuk dengan homework dan macam2 lagi. Kadang2 tu rasa ketinggalan jugak dari segi akademik berbanding dengan negara kita, tp dari segi confidence level mmg sangat bagus di sini. :)
salam umi, sekolah kat sana ada ke exam2 besar utk sek ren dan men ye ? mcm kat sini ada upsr utk sek ren and spm utk sek men kan....kat sana macamana ?
ReplyDeletesalam lin,
Deletesetakat sekolah rendah ni budak2 ada exam NAPLAN iaitu untuk year 3,5 dan 7 sahaja. tu pun diorang cuma test Reading, Writing, Language Conventions (spelling, grammar and punctuation) dan Numeracy. Cuma keupayaan dari segi bahasa dan mengira aje :D
tahniah!
ReplyDeleteTerima kasih Mazia.. Apa khabar sekarang, lama x update blog?
DeleteMaryam ke sekolah mcm mana? tentu dia cemerlang dan menjadi anak murid kesayangan guru2 :)
Betul tu Kak Ummi, kadang tu school assembly ada some other kids punya performance juga.
ReplyDeleteKita pun tumpang seronok tengok sekali kan Gina.. diorang ni kalau buat sesuatu mmg bersungguh2 siap dgn costume dan prop lagi. respect betul lah :)
Delete